ISU SEKOLAH CINA – DESAKAN SEMAKIN MENINGKAT!

1. Nampaknya isu sekolah vernikular akan terus menjadi duri dalam daging masyarakat Malaysia, terutama ekoran daripada desakan berterusan dan terancang dari masyarakat Cina, selagi ianya tidak diselesaikan segera dengan cermat. Antara banyak contoh ialah apa yang disuarakan oleh Koh See Kian (KSK) melalui NYSP dan isu pengiktirafan sijil Sekolah Cina oleh Lim Meng Fah (LMF) melalui SCJP masing-masing pada 7 dan 14 September lalu. Silalah baca dua rencana berkenaan di bawah.

2. Isu yang serupa pernah dituliskan di sini dan di sini.

3. Jika isu sensitif ini tidak diurus dengan berhemah dan cermat maka, dengan kombinasi beberapa isu sensitif yang lain seperti isu bahasa, budaya, ekonomi, politik, Tan Lian Hoe, Namewee dan Ismail, ia berpotensi untuk membakar seluruh Negara.

4. Isu tuntutan Sekolah Cina, seperti isu desakan menghapuskan kuota 30% untuk Bumiputera, di samping diselimuti dengan emosi, mempunyai pelbagai implikasi lain. Tiga langkah, terutama langkah ketiga, yang dikemukakan oleh KSK di bawah mempunyai impak yang luas ke atas kesucian Perlembagaan (khususnya Perkara 152 & 153), Akta Pendidikan, Dasar Pendidikan Negara, kedudukan sekolah kebangsaan, SJK (T), kedaulatan Bahasa Kebangsaan, kebebasan berbahasa ibunda, peruntukan biasiswa, tempat di IPTA, kewangan kerajaan, ekonomi, perpaduan kaum, identiti rakyat Malaysia, 1Malaysia dan seterusnya.

5. Dalam pada itu, nampaknya cara isu tersebut dirongkai selama ini tidak langsung dihargai serta tidak berjaya mengembirakan masyarakat Cina dan jauh sekali mereka berterima kasih, jika berdasarkan ayat KSK ini:

“….mungkin boleh diiktibar sebagai “hujan dalam musim kemarau yang lambat tiba”…”

“…. tetapi dari segi peperiksaan yang diadakan oleh polisi pendidikan untuk kemasukan ke IPTA dan pengeluaran biasiswa tidak langsung memikirkan dan ambil kira kewujudan sekolah-sekolah menengah Cina, sehinggalah pada tahun ini selepas Najib menjadi perdana menteri, kita baru perasan bahawa Najib datang ke sekolah menengah Cina dan hulurkan bantuan kewangan, seterusnya mengizinkan bekas pelajar sekolah menengah Cina boleh memohon biasiswa PTPTN….”

6. Malah, berdasarkan apa yang ditulis oleh LMF, boleh di construe atau misconstrue sebagai diberi betis hendakkan peha:

“…tetapi jika selain daripada sijil gabungan itu mereka mahu dalam sijil SPM lulus sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran cemerlang dan lulus bahasa Malaysia, mereka anggap memang itu sudah memeperkecilkan sijil gabungan sekolah Cina. Berdasarkan konsep seperti ini, sebab itu mereka (Dong Jiao Zong) tidak mahu bertolak ansur…”

7. Masyarakat India juga marah sepertimana yang dijeritkan oleh kumpulan Hindraf.

8. Orang Melayu (dan Bumiutera?) pula berasa bimbang, terancam dan tidak senang hati terhadap pelbagai desakan dan tuntutan yang dibuat dari pelbagai sudut itu. Mereka melihat kaum-kaum berkenaan langsung tidak menghormati Perlembagaan dan apapun dibuat oleh kerajaan tidak akan memuaskan hati mereka; jauh sekali akan mendapat sokongan mereka.

9. Justeru kerajaan, termasuk para pemimpin parti dalam BN yang memerintah, hendaklah dengan segera dan ikhlas menangani isu ini secara tuntas, komprehensif dan berhemah. Ia termasuklah menjelaskan batas dan sempadan, hak dan tanggungjawab masing-masing. Proses penyelesaiannya hendaklah melibatkan penyertaan rakyat di meja bulat agar apa yang diputuskan nanti akan dengan mudah mereka buy-in serta mereka miliki secara kolektif (collectively owned).

Nanyang Siangpao
Per: Pendidikan Bahasa Cina? Najib?
Ruangan: Nan Yuan m/s A9
Tarikh: 7 September 2010 (Selasa)

Tajuk:

Ambil Berat Sekolah Menengah Cina Kerana Lahirkan Cerdik Pandai
Koh See Kian pengkritik semasa/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Kali pertama pihak kerajaan memberi biasiswa kepada 50 orang pelajar yang cemerlang menduduki peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina, perkara ini perlu ambil perhatian serius, kerana ia memberi makna bahawa sekoleh menengah Cina dalam mata kasar pihak kerajaan bukan lagi satu peninggalan yang “dianak tirikan”, ataupun dibiarkan “hidup mati sendiri”, dalam satu keadaan ataupun sesuatu situasi menunjukkan bahawa pihak kerajaan sedang ke arah membuat satu perubahan dalam polisi pendidikan.

Sama ada polisi pendidikan akan berubah ataupun tidak mungkin itu bukan satu perubahan yang secara langsung, sekurang-kurangnya pendidikan sekolah menengah Cina adalah sudah dianggap penting untuk dijadikan salah satu tunggak kepada organisasi dan aliran pendidikan negara ini.

Mengikut laporan yang sah dari pihak kerajaan, setiap pelajar cermerlang itu mendapat 45 ribu ringgit biasiswa, diberi berperingkat-peringkat selama 3 tahun, jumlah keseluruhan wang sebanyak 2.25 juta ringgit untuk 50 orang telah diperuntukkan, angka itu cukup untuk melahirkan seorang mahasiswa. Jika kita renungkan sejarah sekolah menengah Cina untuk melihat biasiswa yang diberikan oleh kerajaan ini, mungkin boleh diiktibar sebagai “hujan dalam musim kemarau yang lambat tiba”, inilah imbuhan yang kita dapat kerana selama ini kita telah buat banyak bantahan, tetapi ada banyak lagi isu yang masih belum dapat diselesaikan dan diungkai, kerana kita perlu lihat dan renung sejarah dan politik negara ini dalam menjurus kepada pembangunan serta kemajuan sekolah-sekolah menengah Cina.

Mengikut akta pendidikan tahun 1961 (acuan dari laporan yang disiapkan pada tahun 1960), sekolah-sekolah menengah Cina sudah tiba di persimpangan jalan, sama ada menerima pendidikan sekolah-sekolah kebangsaan; ataupun tidak menerima perubahan itu terus menjadi sekolah pendidikan swasta.
Pada masa itu presiden Jiao Zong Lim Lian Geok mengarahkan semua pengelola-pengelola sekolah menengah Cina jangan terima tawaran dari pihak kerajaan itu, sanggup mengikat perut mengecilkan perbelanjaan dan terus berdikari. Akhirnya hanya ada 16 buah sekolah menengah Cina yang kekal menjadi sekolah menengah swasta Cina, sebanyak 54 buah sekolah menengah Cina menjadi sekolah menengah aliran kebangsaan; tetapi pihak kementerian pendidikan pada masa itu oleh kerana mahu menggalakkan sekolah-sekolah menengah Cina terima tawaran itu, mengizinkan sekolah-sekolah yang masuk ke aliran kebangsaan itu boleh adakan kelas-kelas tambahan swasta pada sebelah petang.

Akhirnya dengan adanya kelas-kelas tambahan swasta itu berlaku berubah menjadi sekolah mengah Cina semula, pada hari ini bilangan sekolah menengah Cina menjadi 61 buah sekolah; dan yang mengikut pendidikan kebangsaan sebanyak 78 buah sekolah.

Bilangan murid di sekolah menengah Cina kebangsaan seramai 120 ribu orang dan bilangan murid di sekolah menengah Cina swasta seramai 60 ribu orang, bermakna bilangan murid di sekolah menengah Cina kebangsaan satu kali ganda banyak berbanding sekolah menengah Cina swasta. Apa yang membezakan mereka ialah; sekolah menengah Cina kebangsaan mendapat pendidikan percuma, gaji-gaji guru dibayar oleh pihak kerajaan, sukatan dan silibus pelajaran ditentukan oleh pihak kerajaan. Pernah dikritik oleh NGO-NGO Cina kerana sistem itu telah membelakangi pendidikan bahasa Cina, sekolah-sekolah tersebut didakwa telah berubah corak dan tidak ada bezanya dengan sekolah-sekolah menengah kebangsaan biasa.

Pembangunan Sekolah Cina Yang Begitu Getir Melambangkan Ketahanan Bangsa

Sebaliknya sekolah menengah Cina yang mahu mengekalkan identiti mereka langsung tidak dapat bantuan dari pihak kerajaan, terpaksa hidup dalam keadaan terumbang ambing meraba-raba dalam gelap untuk teruskan hidup. Oleh kerana demikianlah yuran sekolah terpaksa ditinggikan namun masih tidak dapat menampung gaji guru-guru, dan mengalami pergerakan bilangan tenaga pengajar keluar masuk yang amat ketara, jawatan guru-guru itu tidak seperti guru-guru di sekolah menengah kebangsaan di mana mereka mereka itu sebagai pegawai kerajaan, mereka boleh berkhidmat sehingga umur pencen.

Walau bagaimanapun, dalam tahun 60an pendidikan sekolah menengah Cina terus dapat berkembang, itu semuanya mengharapkan kecemerlangan ketahanan kaum bangsa dan sokongan dari masyarakat Cina itu sendiri, untuk mengjaga bahasa ibunda serta pendidikan ibunda milik sendiri sebagai tuju arah bersama, mahu terus pertahankan kualiti yang sedia ada dalam sistem pelajaran yang ada di sekolah-sekolah menengah Cina dengan lengkap. Tetapi pengiktirafan terhadap sekolah menengah Cina itu dinilai sendiri oleh mesyarakat Cina, dan mendapat perihatin daripada pemimpin-pemimpin masyarakat Cina itu sendiri, mereka juga prihatin terhadap jatuh bangunnya sekolah-sekolah menengah Cina itu. Campur tangan dari pihak Dong Jiao Zong berperanan sebagai kordinator untuk peranan mereka sebagai penyelaras pendidikan Cina, tetapi tidak dapat memberi bantuan dari segi kewangan serta bantuan-bantuan lain. Akhirnya sekolah-sekolah menengah Cina dapat bangun dengan kederat sendiri, ada yang gemilang dan mantap ada juga yang kurang prestasinya dan penyelarasannya tidak begitu seimbang.

Walaupun mereka mengahadapi masalah kewangan, mereka setiap kali wujudkan dana-dana yang baru, namun mereka tetap masih boleh teruskan hidup sehingga ke hari ini, kelebihan yang ada pada pelajar-pelajar itu ialah boleh pengambilan bahagian dalam peperiksaan SPM dan STPM. Jika peperiksaan-peperiksaan itu ditambah pula dengan peperiksaan sijil gabungan sekolah-sekolah menengah Cina, apabila mereka menduduki kelas menengah atas Cina sekurang-kurangnya mereka telah menduduki 3 peperiksaan besar secara terbuka, jika keputusan mereka cemerlang, menunjukkan bahawa mereka ini memang hebat, tetapi bilangan itu agak kecil.

Kepada pelajar-pelajar sekolah menengah Cina, peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina itu sebagai salah satu cara untuk mereka melanjutkan pelajaran. Walaupun mereka tidak dapat masuk ke IPTA tempatan, mereka boleh masuk universiti-universiti di luar negara ataupun universiti-universiti swasta tempatan.

Masa Depan Sekolah Menengah Cina Satu Cabaran Bagi Najib

Bermula pada tahun 1962 sehingga sekarang sudah 48 tahun, walaupun kewujudan sekolah-sekolah menengah Cina menjadi salah satu tunggak kepada pendidikan di negara ini, tetapi dari segi peperiksaan yang diadakan oleh polisi pendidikan untuk kemasukan ke IPTA dan pengeluaran biasiswa tidak langsung memikirkan dan ambil kira kewujudan sekolah-sekolah menengah Cina, sehinggalah pada tahun ini selepas Najib menjadi perdana menteri, kita baru perasan bahawa Najib datang ke sekolah menengah Cina dan hulurkan bantuan kewangan, seterusnya mengizinkan bekas pelajar sekolah menengah Cina boleh memohon biasiswa PTPTN, yang sepatutnya pemegang sijil SPM sahaja yang layak memohon biasiswa tersebut, ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan sekarang ini bersedia membantu pelajar sekolah menengah Cina secara praktik, sekarang ini ditambah pula dengan duit yang banyak untuk peruntukan biasiswa kepada bekas pelajar, isu ini menampakkan seperti satu perubahan telah tiba kepada kita.

Kalau kita lihat satu dua pergerakan ini, masih belum mencukupi untuk memberi impak tindak balas kerajaan terhadap perubahan polisi pendidikan negara, dengan itu walaupun kita nampak hasrat perdana menteri mahu ambil berat terhadap cerdik pandai dari sekolah menengah Cina, mahukan mereka satu masa nanti kembali ke tanah air untuk berkhidmat kepada negara, memang wajar jika pihak kerajaan mengiktiraf sijil-sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina, samakan taraf mereka dengan sekolah menengah kebangsaan, melalui keputusan peperikasaan dinilai untuk mendapatkan biasiswa.

Selain dari itu kita berharap pihak kerajaan boleh buat beberapa langkah seperti di bawah ini:

1. beri peruntukan kepada sekolah-sekolah menengah Cina secara tetap (bukan bermusim), peruntukkan untuk penyelenggaraan bangunan-bangunan sekolah serta tingkatkan penggajian dan imbuhan guru-guru.

2. lakukan seperti Kolej Tunku Abdul Rahman, pihak kerajaan bayar mengikut kepala 1+1, (sepatuh yuran ditanggung oleh pelajar dan separuh lagi yuran ditanggung oleh pihak kerajaan), supaya dapat meringankan beban pelajar.

3. pihak kerajaan letakan semua sekolah-sekolah sama rata, tidak dibeza-bezakan antara sekolah bantuan penuh ataupun bantuan separuh, serta menanggung kos-kos pembesaran bangunan-banguanan sekolah menengah Cina.

Sebaik sahaja pihak kerajaan masukkan pendidikan sekolah menengah Cina sebagai aliran sekolah kerajaan, Lim Lian Geok yang sudah lama mati di alam akhirat tentu akan tersenyum melihat apa yang berlaku itu dan apa yang beliau taburkan bakti itu kini sudah berbaloi.

Ini adalah cabaran kepada kewibawaan Najib, adakah masa depan pendidikan bahasa Cina lebih cerah?

Sinchew Jitpoh
Per: pengiktirafan sijil sekolah Cina?
Ruangan: Opinion Corner m/s 26
Tarikh: 14 Sept 2010 (Selasa)

Tajuk:

Jangan Menggelabah Sendiri
Penulis Lim Ming Fah/eksekuti editor akhbar ini

Satu patah perkataan dari Chua Sui Lek: “bukankah ini sudah bermakna ia telah diiktiraf”, ia diumpama melambangkan sijil peperiksaaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina telah mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan, sedangkan dalam telekkan (bazi) belum terurai lagi, pandangan dan pengakuan oleh MCA dalam masyarakat Cina terhadap isu itu masih nampak longgar lagi.

Isu pemegang sijil kelulusan gabungan sekolah menengah Cina diterima untuk memohon masuk ke maktab perguruan, menjadi harapan kepada masyarakat Cina, bahawa pihak kerajaan akan secara menyeluruh mengiktiraf sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah menengah Cina, dikatakan telah memecah benteng halangan itu yang berlaku selama ini. Tetapi apa yang dipersetujui oleh Chua Sui Lek dengan pandangan masyarakat Cina agak berbeza yang amat ketara sekali, dengan itu timbul satu lagi era perbalahan.

Pandangan dari pihak Dong Jiao Zong, sijil peperiksaan gabungan sekolah-sekolah Cina lebih tinggi tarafnya daripada sijil SPM, memang ada kebenarannya. Sebab itu pihak mereka mahu sekurang-kurangnya ada 3 atau 5 mata pelajaran yang lulus dengan kepujian layak memasuki maktab perguruan (dengan ditambah lulus bahasa Melayu SPM), mereka anggap itu boleh diterima pakai; tetapi jika selain daripada sijil gabungan itu mereka mahu dalam sijil SPM lulus sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran cemerlang dan lulus bahasa Malaysia, mereka anggap memang itu sudah memeperkecilkan sijil gabungan sekolah Cina. Berdasarkan konsep seperti ini, sebab itu mereka (Dong Jiao Zong) tidak mahu bertolak ansur.

Tetapi bukankah sijil gabungan sekolah Cina itu memang hasil daripada peninggalan dari satu sistem yang terwujud dari arus pembangunan pendidikan negara ini, kami mahu pihak kementerian pelajaran halusi serta beri pertimbangan yang wajar dan lebih adil untuk menilai kedudukan akademiknya. Mahu kerajaan mengiktiraf nilai sijil gabungan sekolah CIna lebih tinggi daripada sijil SPM memang agak susah.

Sebenarnya seseorang pelajar sekolah Cina yang menduduki peperiksaan gabungan itu jika sekurang-kurangnya mendapat 3 mata pelajaran cemerlang (saya anggap jika benar pelajar itu diterima masuk ke maktab perguruan menggunakan sijil yang sama, kita sendiri perlu gariskan dan menilai kelayakan sebenar diri kita), jika kita rajin belajar sedikit sahaja lagi, mahu mendapatkan bahasa Malaysia kepujian dan ditambah lagi 3 mata pelajaran SPM kepujikan memang bukan satu halangan besar.

Sebab itu ia bukan masalah sijil kita dipandang rendah ataupun tidak, kerana syarat pelajar sekolah Cina jika diberi kelonggaran bahasa Melayu kepujian serta ditambah lagi 3 mata pelajaran kepujian dalam SPM memang bukan satu masalah yang besar, ia tidak dianggap terlalu keras, cuba kita ke alam realitinya, jika seorang pelajar tidak mencapai kepujian dalam bahasa Melayu SPM dan juga 3 lagi mata pelajaran tidak mendapat kepujian, cuba anda fikirkan mampukah mereka hadapi pelajaran di maktab perguruan itu nanti?

Apa yang difahamkan, maktab perguruan di negara ini walaupun di bahagian pendidikan Cina, ia hanya satu mata subjek bahasa Cina sebagai bahasa penghantaran, selain dari itu mata pelajaran lain semuanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantaran di maktab itu, semua kertas kerja dan tesis perlu disiapkan dengan menggunakan bahasa Malaysia. Kepada pelajar-pelajar sekolah Cina yang ingin masuk ke maktab peguruan, ini adalah satu cabaran yang besar kepada mereka, kelayakan SPM lulus kepujian bahasa Malaysia serta ditambah 3 lagi mata pelajaran perlu mendapat kepujian itu hanya kelayakkan yang terlalu minima.

Tetapi jika ia dilibatkan dengan fakta, dan dikaitkan pula isu memperkecilkan sijil, isu itu akan lebih kompleks, ia akan menjadi susah untuk diselesaikan.

Sepatutnya fakta itu perlu dihalusi serta diimbangi supaya sama-sama dapat selesaikan isu ini, apa yang kita mahukan dalam perbezaan ini perlu ada perbincangan kesepakatan, saling mencari jalan; bukan saling bertengkar, bukan saling bermusuhan, dan jangan saling melebelkan dalam menilai sijil-sijil.

Apa yang dibincangkan selama ini, masalah pekong yang sebenar; hanya terpusing-pusing berkaitan isu pengikirafan sijil ataupun tidak, kenapa kita mahukan syarat-syarat tambahan seperti itu?

Matlamat akhir sebenarnya apa yang kita mahukan, kita perlu melihat dengan jelas; jangan membuta tuli tidak nampak hala tuju, akhirnya nanti kita sendiri yang menggelabah!

  1. #1 by sputjam on September 19, 2010 - 11:53 pm

    Pada pendapat saya, kerajaan tidak perlu mengawal hal ehwal pelajaran murid-murid. Biar banyak sistem pelajaran dinegara ini, dan biar nurid dan ibu bapa sendiri yang biat pilihan sistem mana yang paling memuaskan untuk pelajar tersebut.
    kalau kita memeluk satu sistem sahaja, maka senanglah pentadbir pelajaran untuk “brain wash” pelajar. kalau diajar bahawa hang Tuah seorang wira melayu, maka semua pun bersetuju tanpa memikir dengah mendalam.
    malah sistem pelajaran sekolah kebangsaan didapati banyak kelemahan. Muzik, arts dan sukan tidak diindahkan. sains dan matematik diajar dalam satu bahasa sahaja. malah guru-guru sendiri tidak yakin mengajar mata pelajaran mereka dan ditakluk oleh pendapat/arahan pentadbir untuk mengemukakan ilmu kepada murid-murid.
    tiada ruang untuk berdebat pendapat yang bercanggah.
    Apakah matlamat darah tuah untuk memaksa smua pelajar bertutur bawah satu sistem pelajaran? Adakah kerana cara ini akan memudahkan pelajar-pelajar mudah dikawal apabila dewasa kelak?

    Like

    • #2 by darahtuah on September 21, 2010 - 7:34 pm

      sputjam,

      Sila baca semula dgn teliti para 4 dan 9 di atas.

      Tk.

      Like

    • #3 by OnDaStreet on October 3, 2010 - 10:57 pm

      sputjam,
      Jika rakyat gagal mencapai tahap pendidikan yang memuaskan, siapa yang akan dipersalahkan? Kerajaan juga.

      Jika dibiarkan tanpa kawalan, bagaimana hendak menentukan dasar pendidikan kebangsaan mencapai matlamatnya?

      Sudah timbul persepsi yang salah daripada awal. Anda mengandaikan apabila dikata pasal satu, ianya untuk brainwash. Dari mana anda belajar?

      ~ OnDaStreet

      Like

  2. #4 by dinturtle on September 20, 2010 - 12:03 am

    salam Raya Dato’,

    Permisi menggunakan artikel ini sebagai asas artikel terbaru saya.

    Like

    • #5 by darahtuah on September 21, 2010 - 7:31 pm

      Sama2, Din…

      Permisi diberi.

      Tk.

      Like

  3. #6 by kir on September 20, 2010 - 4:44 pm

    orang macam sputjam nilah sampai bila-bila pon perpaduan rakyat malaysia takkan berjaya. Boleh ‘balik cina’.shoh!!berambus

    Like

  4. #7 by tebing tinggi on September 23, 2010 - 11:25 am

    Kesilapan telah berlaku dan sekarang kesan-kesan dari kesilapan itu begitu jelas dan nyata. Apa yang telah belaku tidak harus dikesali,mengungkit kembali pendekatan yang telah diambil olih pempinan terdahulu’era selepas merdeka’pon tiada gunanya,yang penting sekarang jalan penyelesian yang tegas perlu diambil bagi memastikan masa hadapan yang lebih menjamin.

    1 SEKOLAH > 1BAHASA> 1MALAYSIA

    Tiada gunanya sologan demi sologan bagi menyatupadukan kaum sedangkan asas kapada proses penyatuan itu tidak pernah diambil kira. Sejauh mana kita bolih berpegang dan mengekalkan pembangunan sedangkan rakyat sentiasa berbalah antara satu sama lain kerana tidak memahami malah tidak bolih beintreksi antara satu sama lain akibat bahasa yang berbeda.
    Pelik tetapi benar, diMalaysia ramai dikalangan rakyatnya tidak bolih bertutor bahasa kebangsaanya, dan kalau ada yang bolihpon tidak sampai ketahap bolih mewujudkan persefahaman apatah lagi perpaduan, hanya untok kepentingan jual beli sahaja.

    1sekolah>1bahasa>1Maaysia.

    Like

  5. #8 by Mayday on September 27, 2010 - 1:37 am

    Asas kepada 1Mlaysia……..Sputjam perlu memahami apa yang dikomen oleh tebing tinggi.saya ulangi… “1SEKOLAH > 1BAHASA> 1MALAYSIA”.
    ” Tiada gunanya sologan demi sologan bagi menyatupadukan kaum sedangkan asas kapada proses penyatuan itu tidak pernah diambil kira. Sejauh mana kita bolih berpegang dan mengekalkan pembangunan sedangkan rakyat sentiasa berbalah antara satu sama lain kerana tidak memahami malah tidak bolih beintreksi antara satu sama lain akibat bahasa yang berbeda.”

    Mayday

    Like

  6. #9 by sputjam on November 3, 2010 - 10:19 am

    saya ingin kembali kepada isu sekolah satu aliran dan kefahaman bahasa kebangsaan dapat menyatukan masyarakat.

    kaum tiongkok (cina) di indonesia semua fasih bertutur dalam bahasa Indonesia (bahasa melayu).

    malangnya, apabila bencana ekonomi menjejaskan kedudukan negara Indonesia pada tahun 1997, kaum cina di persalahakan, dan ramai dibunuh, dirogol, harta benda di musnahkan dan dibakar. Malah, ramai yang dibunuh selepas dirogol., dimana mereka dibakar hidup-hidup.

    yang penting bagi pendapat saya, adalah pemikiran sederhana, liberal dan kurang mengganas. Malangnya, pandangan ni tidak indahkan oleh golongan taliban dan ketuanan.

    Like

    • #10 by darahtuah on November 4, 2010 - 9:29 pm

      sputjam,

      Resepi perpaduan kaum bukanlah semudah/sesimple itu. Namun syor anda adalah antara ramuannya.

      Ramuan2 lain juga penting – menghapuskan kemiskinan semua kaum/strata dan merapatkan jurang kekayaan (inter dan intra kaum/strata) melalui kek ekonomi yang berkembang, sama seperti yang diusahakan di bawah DEB. Itulah sebabnya rusuhan kurang berlaku di negara kita berbanding, misalnya, dengan Indonesia dan Thailand kerana DEB telah berjaya meningkatkan pendapatan semua kaum, mengurangkan kadar kemiskinan semua kaum dan merapatkan jurang yang saya katakan itu.

      Dalam pada itu, rakyat memerlukan satu wadah/platform yang sama untuk bergaul dan memahami satu sama lain. Wadah terbaik ialah satu sekolah untuk semua – satu sekolah (sekolah kebangsaan), satu sistem (pendidikan nasional) dan satu bahasa (Bahasa Kebangsaan), seperti yang diamalkan di banyak negara, termasuk Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

      Sukalah ditegaskan bahawa Perkara 152 mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan memelihara bahasa ibunda; bukannya memelihara SJK.

      Untuk memelihara bahasa2 ibunda, ianya hendaklah diajar di SK agar bahasa2 tersebut boleh dipelajarai oleh murid dari semua kaum. Yang demikian ia akan memudahkan lagi proses memupuk kesefahaman dan memantapkan lagi perpaduan antara kaum.

      Sama2lah kita usahakan, selaras dengan visi PM kita.

      Tk.

      Darahtuah

      Like

  7. #11 by sputjam on November 5, 2010 - 11:59 am

    saya ingin memperingatkan bahawa dalam kalangan masyarakat kita, ramai dianatra semua kaum menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa ibunda.

    tetapi, kaum ini tidak diindahkan oleh pentadbir pelajaran negara, dimana hanya bahasa mandari, tamil dan melayu saya disahkan sebagai bahasa ibunda yang resmi.

    Jadi, kaum serani, kaum melayu, cina dan india dan ramai lagi di sabah dan sarawak yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa ibunda mereka diabaikan, walaupun hak mereka jelas disebutkan dalam perlembagaan negara.

    Malangnya, kaum ini tidak mempunyai platform politik untuk mempertahankan hak mereka walaupu mereka terdiri dari holongan yang proffesional.

    Like

    • #12 by OnDaStreet on November 5, 2010 - 3:45 pm

      “saya ingin memperingatkan bahawa dalam kalangan masyarakat kita, ramai dianatra semua kaum menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa ibunda.”

      sputjam,
      amat menarik kenyataan kamu. manakan tidak, NGO seperti dong zhong bermati-matian cuba memelihara bahasa ibunda yang asli di Malaysia dan kamu pula nyatakan ramai yang menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa ibunda.

      pertama sekali, kamu fahamkah maksud bahasa ibunda? jika ya, siapa ya yang berbahasa ibundakan bahasa inggeris di Malaysia ini (melainkan orang itu orang Inggeris).

      keduanya, kenyataan kamu yang berikutnya seolah-olah cuba membawa maksud orang bukan melayu, cina dan india diabaikan penggunaan bahasa ibunda mereka, walhal tidak pula ianya berlaku. mungkin disekelilingmu ramai yang berbahasa inggeris dan mengabaikan bahasa ibunda mereka, tetapi tidak semuanya begitu.

      jika ya, pasti amat mudah berkomunikasi bagi mereka yang berbahasa inggeris di mana-mana ceruk di Malaysia kerana mereka lebih menggunakan bahasa inggeris dan mengabaikan bahasa ibunda, bahasa malaysia, itu berada di kawasan pedalaman dan kawasan kampung.

      apakah itu yang kamu maksudkan?

      ~ OnDaStreet

      Like

      • #13 by sputjam on November 9, 2010 - 1:36 pm

        Jika kajian terperinci dibuat, saya jangka lebih kurang 20% daripada rakyat malayusia dari pelbagai kaum bertutur dalam bahasa ingeris sebagai bahasa utama, dan mengunakannya apabila berbincang diantara kaum kerabat, saudara mara dan rakan sekerja.

        malah, ramai kaum cina sendiri yang tidak tahu bertutur dalam bahasa mandarin kerana bahasa ibunda mereka adalah hokien, kantonis hakka dan sebagainya dua puloh tahun lalu. Golongan inilah yang rama berhijrah keluar negara kerana mereka tidak dilayan oleh kerajaan pusat. Yang kekal dimalaysia diantara kaum cina yang kurang selesa bertutur dalam bahasa inggeris.

        sama juga kaum india dan melayu. ramai yang bertutur dalam bahasa inggeris dirumah dan kerja.

        Jadi, apabila PPSMI dimansuhkan, mereka tidak diberi ruang untuk diajar dalam bahsa utama mereka, iaitu inggeris.

        Adakah sistem pelajaran kita hanya dibentuk untuk masyarakat yang berbahasa melayu, cina dan tamil sahaja?

        Saya jangka, mana mana parti politik yang menyokong kembalikan semula PPSMI akan mendapat sokongan kalangan ini, kesemuanya dibandar-bandar dan pekan-pekan di seluruh mata air.

        DiMalaysia, sistem satu sekolah hanya dapat digalakan jikalau semua “affirmative action” dalam pentadbiran pelajaran kita dimansuhkan dan peluang saksama diberi kepada semua, tidak kira bangsa, agama dan pangkat.

        Like

  8. #14 by Cucu tuah on August 7, 2013 - 1:56 pm

    tak usah dilayan dengan permintaan Cina ni,sejauh manakah mereka menyelami arti Rukun Negara, kesetiaan mereka pada Agung kita orang Melayu mereka tidak endahkan. Mereka hanya nak menguasai aekonomi bangsa mereka di negara kita.

    Like

Leave a comment