PRU KE-13: APA PILIHAN ORANG MELAYU?

1. Pertama, apabila saya menggunakan ungkapan ‘Melayu’ di sini maka ia turut meliputi kaum Bumiputera yang lain dan juga Orang Asli. Kedua, apabila saya merayu supaya orang Melayu bersatu padu, saya tak menyuruh kaum lain supaya berpecah. Ketiga, apabila saya menyarankan agar orang Melayu/UMNO mengekalkan kuasanya, saya tak menyekat kaum lain daripada merebut kuasa secara berperlembagaan.

2. Saya teruja untuk menulis tajuk ini ekoran dari ulasan para pembaca mengenai rencana JOHOR, SABAH & SARAWAK (JSS) AKAN TUMBANG? dan 2011 –Melayu Tumpas?

3. Saya telah katakan bahawa kaum Cina cukup jelas mengenai visi dan 3 strategi mereka. Dua daripadanya telahpun berjaya. Bacalah ‘2011 – Melayu Tumpas?’

4. Mereka telahpun dapat kerakyatan [dan terus mendesak supaya baki yang belum terima itu diberikan segera – sebahagian daripada 11 janji DSN kepada rakyat dan menguasai ekonomi Negara [MEB dijangka akan dieksploitasi dan dijadikan alat (tool) baru untuk mengangkang dan menjajah orang Melayu].

5. Kini mereka sudah bulat hati dan tekad untuk menjayakan pula strategi ke-3 iaitu merampas kuasa dari UMNO/Melayu (strategi ke tiga!). Ini jelas dari pola pengundian PRK dari Permatang Pau dan Bukit Gantang hinggalah ke Hulu Selangor dan Sibu.

6. Sudah terang lagi bersuluh – semua usaha DSN untuk memujuk dan ‘merasuah’ (pandangan mereka) kaum Cina tak berjaya membawa mereka balik ke pangkuan BN. Malah bilangan undi mereka semakin merosot serta diperli dan dihina pula.

7. UMNO/bangsa Melayu tak boleh salahkan kaum Cina yang hendak memerintah sendiri di Negara ini sebab Malaysia adalah Negara mereka juga. Malaysia pula mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Justeru parti mana yang menang pilihan raya umum, wakima dengan majoriti 1 kerusi pun, maka parti itulah yang menang dan berkuasa.

8. Apa pilihan yang ada pada orang Melayu dan DSN yang juga mahu mengekalkan kuasa? Ada dua pilihan utama.

9. Pilihan pertama – DSN meneruskan usaha beliau untuk mendapatkan sokongan kaum Cina dan India untuk mempastikan BN akan menang dan beliau kekal sebagai PM. Inilah yang ideal.

10. Marilah kita kaji viability pilihan tersebut. SAPP yang berasaskan kaum Cina telah mengkritik BN/UMNO dan keluar dari Barisan. GERAKAN adalah sebuah parti yang lesu dan tak nampak akan pulih.

11. MCA pula sudah ditolak mentah-mentah; bukan saja oleh kaum Cina malah oleh ahlinya sendiri. Terimalah hakikat ini dan tak payahlah Presidennya mencari-cari kesalahan orang lain dan menjadikan UMNO dan PERKASA sebagai punching bag. Pendek kata, cerminlah muka sendiri.

12. SUPP juga sudah ditolak oleh kaum Cina. Sibu adalah buktinya.

13. Kaum India nampaknya telah mula kembali ke pangkuan BN tetapi MIC adalah sebuah parti yang masih lemah dan terus dilanda konflik dalaman. Presidennya patut berhenti segera, jika ia sayangkan BN dan mahukan BN terus menang dan kaum India turut berkuasa melalui BN.

14. PPP? PBRS? Pasok? Apalah yang nak ditulis mengenai parti ini?

15. PBS? Boleh percaya ke? Dah lupa ke peristiwa 1990? Bacalah ingatan bersalut kritikan oleh Timbalan Presidennya ini.

16. Terkini parti nyamuk LDP pun sudah berani mengkritik BN (sebenarnya menghentam UMNO) secara terbuka. Apa maksudnya? Maksudnya apabila ‘pokok besar (UMNO) nampak nak tumbang, kura-kura pun berani nak panjat’! Cis…mana maruah UMNO?

17. Mengambil kira scenario ini, maka Melayu/UMNO/DSN hendaklah insaf akan maksud tajam pantun ini:

Harapkan sungai sering berubah,
Harapkan pagar makan padi,
Harapkan sokong membawa rebah,
Harapkan untung membawa rugi.

18. Pada masa yang sama, segala usaha, umpan, insentif dan ‘rasuah’ DSN untuk menarik sokongan kaum Cina dan India telah/akan membuat sebahagian besar orang Melayu, termasuk ahli dan penyokong UMNO, terluka hati, merajuk dan marah. Lantaran, potensi berlakunya ‘yang dikejar tak dapat (sudah terbukti), yang dikendung berciciran’ amatlah besar sekali!

19. Jika benarlah telahan itu dan lanskap kekuatan parti komponen BN pula sedemikian rupa maka hanya UMNO dan PBB sahajalah yang akan berjuang bermati-matian untuk memenangkan BN dalam PRU Ke-13 nanti. Lalu apakah peluang untuk menang? TIPIS.

20. Jika tipis, kita pergi pula ke pilihan kedua – membulatkan sokongan orang Melayu di bawah satu panji-panji iaitu UMNO atau UMNO-PAS. Orang Melayu dalam PKR dan DAP keluarlah dari parti masing-masing dan menjadi ahli / penyokong UMNO atau PAS. Pra-syaratnya ialah UMNO – PAS hendaklah berubah dan lihat lebih credible serta respectable.

21. Semua pemimpin dan para intelek serta NGO Melayu pula hendaklah segera bergerak secara bersepadu untuk menjayakan perpaduan ini dengan memberi nasihat, desakan atau tekanan kepada pemimpin UMNO-PAS. Bulat air kerana pembentung, bulat masayarakat kerana muafakat.

22. Di masa lalu, apabila terdengar saja Melayu hendak bersatu dan UMNO / PAS hendak berbaik-baik, bukan sahaja DAP melompat, bahkan MCA dan GERAKAN juga melenting. Mereka sedar bahawa jika usaha tersebut berjaya maka cita-cita/visi ke-3 mereka (memerintah Malaysia) pula akan gagal. Mereka sudah hilang selera untuk hidup mewah di bawah pemerintahan BN/UMNO.

23. Makanya apa pilihan orang Melayu dan DSN? Untuk mempastikan orang Melayu jelas dan bulat dalam membuat pilihan maka pandanglah ke Singpaura dan lihatlah bagaimana terpinggirnya orang Melayu di sana di bawah pemerintahan kaum Cina. Dan ingatlah pula sejarah kekejaman orang Cina (Bintang 3) memerintah Persekutuan Tanah Melayu selama 14 hari sebelum British datang semula untuk mengambil alih dari Jepun.

24. Sekarang buatlah pilihan segera dan tepat sebelum terlambat. Huh! Orang Melayu ada pilihan ke?

  1. #1 by sputjam on May 25, 2010 - 10:50 pm

    malangnya, tulisan bapak berbau perkauman dan penuh hipokrasi.
    bapak memulakan perenggan pertama untuk memaksudkan kesemua bumiputra dibawah naungan melayu, dan kemudian mmeragui kaum kadazan-dusun yang menguasai PBS.
    Pikiran bapak sudah jelas ketinggalan zaman.kemungkinan, bapak berpelajaran di sekolah dimana kesemua penuntutnya kaum melayu, jadi kurang bergaul dan bermesra dengan kaum lain.
    kemungkinan, kesemua melyu yang berdajat, termasuk kaum raja dan sultan, berpikiran saperti bapak, jadi agak sukar untuk kaum lain untuk menduduki kerusi PM. sebab itulah kerajaan ini sanggup jual maruah negara untuk memperkayakan kaum atasan ini. UMNO tidak lagi mewakili kaum melayu umum, tetapi mewakili kaum ketuanan melayu kelas “elite”.

    Like

    • #2 by darahtuah on May 31, 2010 - 1:44 am

      sputjam,

      T/kasih kerana menjadi peminat blog saya.
      Ulasan saya spt berikut:

      malangnya, tulisan bapak berbau perkauman dan penuh hipokrasi.[silalah baca berulang2 para 7 di atas sehingga faham bahawa saya adalah seorang demokrat. Dan kalau saya dilabelkan sebagai racist, what are u? not racist by always condemning 1 race – Malay? dan mengapa CJM tak dilabelkan sebagai racist apabila dia dgn jelas bercakap bahawa utk cina (bukan PR) untung maka mesti tumbangkan UMNO? “…hari ini di negeri Johor kita bersaing dengan UMNO, kerana selagi UMNO tidak tumbang, masyarakat Cina tiada untungnya…”]

      bapak memulakan perenggan pertama untuk memaksudkan kesemua bumiputra dibawah naungan melayu,[bacalah semula berkali2 para 1 itu sehingga faham bahawa perkataan ‘meliputi’ itu bukan maksudnya ‘naungan’; dlm BI ialah ‘include’; janganlah diputarbelikan as ‘naungan’]
      dan kemudian mmeragui kaum kadazan-dusun yang menguasai PBS.[memang benar PBS is kadazan-dusun based, like DAP n Gerakan are Chinese-based tapi bukan semua kadazan-dusun menyertai PBS. Maka tak timbul saya meragui kaum kadazan-dusun secara menyeluruh. dari segi politik, sejarah PBS menikam belakang BN tak blh dipadamkan unless u want to distort history like s’pore did. also one must know one’s enemy – sun tzu. tlglah berhentikan habit memutarbelikan kenyataan sy]
      Pikiran bapak sudah jelas ketinggalan zaman.kemungkinan, bapak berpelajaran di sekolah dimana kesemua penuntutnya kaum melayu, jadi kurang bergaul dan bermesra dengan kaum lain.
      kemungkinan, kesemua melyu yang berdajat, termasuk kaum raja dan sultan, berpikiran saperti bapak, jadi agak sukar untuk kaum lain untuk menduduki kerusi PM. sebab itulah kerajaan ini sanggup jual maruah negara untuk memperkayakan kaum atasan ini. UMNO tidak lagi mewakili kaum melayu umum, tetapi mewakili kaum ketuanan melayu kelas “elite”. [1. sy sentiasa baca yr comments. It sounds one track mind. 2. u don’t really know my backgorund (neither do I know yrself); so it is better not to assume things. 3. Tunjukkan kpd saya bahawa apabila sy menulis tentang kepentingan bangsa saya lalu saya menafikan kepentingan kaum lain. juga tunjukkan kpd saya pemimpin cina dan india yg tak berckp pasal kepentingan kaum mereka. CJM dan segolongan dgnnya lebih teruk lg – mahu menjatuhkan UMNO/Melayu. 4. Re jawatan PM – nampak sangat u don’t understand M’sian constitution. 5. re UMNO controlled by the elite – I believe u’re capable of doing a deeper research. BTW, who controlled MCA, Gerakan, DAP, SUPP?]

      T/kasih.

      Like

      • #3 by sputjam on May 31, 2010 - 4:13 pm

        Saya terlebih dahulu, meminta maaf kerana terlanjut semasa mencatitkan pemikiran saya.

        dalam negara ini, jarang sekali orang yang berjuang untuk “Hak manusia” atau “Huamn Rights”.

        Untuk mentadbir sesebuah negara sudah begitu sukar, negara kita dirumitkan lagi dengan kaedah kaum, warna, ugama, gelaran (Tun, Datuk, Dato Seri) dan sebagainya. Dengan tidak sengaja, ini telah memecah belahkan masyarakat dari berbagai segi.
        Saya akan berjuang bersama kalau cadangan diatas adalah untuk menuntut keadilan dan perkara yang baik. tetapi, kalau cadangan adalah untuk bersatu supaya hak rakyat yang bukan dari keturunan atau kaum yang sama ditindas, sudah jelas, niatnya tidak begitu baik. Kita semua sepatutnya berjuang supaya tidak berlaku kezaliman dalam negara ini.
        Sebagai contohnya, tanaman padi. kaum melayu dan bumiputra mengawal sepenuhnya tanaman ini. tetapi hak menjual beras dibagi kepada sebuah syarikat sahaja. Keadaan ini menindas kaum petani dan patut dimansuhkan. malangnya, kerana Bernas dikawal oleh bumiputra, maka NGO saperti Perkasa, UMNO dan sebagainya abaikan perkara ini. itulah yang dimaksudkan oleh saya bahawa UMNO mempertahankan hak melayu yang berkuasa dan menggunakan kaedah perkauman untuk mendapat sokongan melayu yang miskin dengan menggunakan “Psychology”.

        Like

        • #4 by Wan on June 1, 2010 - 2:07 pm

          Dari manakah anda membuat kesimpulan mengatakan “dalam negara ini, jarang sekali orang yang berjuang untuk “Hak manusia” atau “Huamn Rights”. Atau itu bukan kesimpulan, hanya simpul sebab putar belit?

          Apakah definasi “Hak manusia” atau “Huamn Rights” itu, wahai sipendekar “liberal”. Adakah hanya perjuangan mereka yang sudah sekian lama mengkontrol ekonomi negara, demikian kaya raya, begitu banyak bijak pandainya dibidang professional dinegara ini?

          Bukankah perjuangan mendapat seimbangan (balance) kekayaan dan kepakaran juga perjuangan “Hak maanusia”? Ini belom cakap fasal kesama rataan Melayu dengan Cina dalam bidang ekonomi dan professional, walau pun bukan Melayu selalu melaungkan kesama rataan.

          Mesti hormat Kontrak Sosial dan Perlembagaan negara. British telah mengatakan diParlimen mereka masa membincangkan Kemerdekaan Malaya ditahun 50an bahawa Kedudukan Istimewa Melayu itu telah ada sediakala – “since day one”, dan diakui mereka sejak mula berhubung dengan negara ini beratus tahun dahulu. Dimaktubkan didalam Perlembagaan bagi mengesahkannya dan sekarang dianggap sebagai balasan kapada pemimpin Melayu menyetujui kerakyatan untuk bukan Melayu.

          Anda memutar belit lagi bila berkata “kalau cadangan adalah untuk bersatu supaya hak rakyat yang bukan dari keturunan atau kaum yang sama ditindas, sudah jelas, niatnya tidak begitu baik. Kita semua sepatutnya berjuang supaya tidak berlaku kezaliman dalam negara ini”. Kamu adalah zalim jika tidak mahu berterima kasih mendapat hak kerakyatan, tidak mengakui balasannya, ia itu Kedudukan Istimewa Melayu (yang pada halnya telah ada “since day one” dinegara ini), mengkeji usaha-usaha untuk bersatu, menohmah penindasan dan kezaliman.

          Sehingga anda kritikkan sistem anugerah pangkat Dato, Tan Sri dan sebagainya. Anda tidak baca sejarah atau tidak mahu terima fakta sejarah bahawa sistem itu telah ada sejak Kerajaan Melayu Melaka lebih 500 tahun dahulu. Apa anda mirip kapada sistem kominis yang mengakui kesamarataan pangkat tetapi pemimpin-pemimpin dan Pegawai-Pegawainya mendapati berbagai kemudahan yang jauh lebih dari raayat jelata.

          Jangan persalahkan konsep affirmative action walau pun jika ada kelemahan didalam perlaksanaannya. Ingat, ditanah besar China pun ada sistem affirmative action atau membantu the disadvantaged, saperti dilakukan beratus tahun oleh Maharaja Manchu yang memberi quota 25% tempat dicivil service kapada penduduk selatan China yang dianggap “disadvantaged” dibanding dengan penduduk utara China.

          Like

        • #5 by darahtuah on June 1, 2010 - 4:03 pm

          sputjam,

          1. Sdr (?) dimaafkan; mengaku salah dan mohon maaf adalah sifat yg mulia.
          2. M’sia adalah negara majmuk dan berbudaya sendiri. Itulah negara kita. Kita sama2 urus dan hidup dlm kekangan itu. Alhamdulillah negara kita lebih aman dari Thailand, Indonesia, India, Pakistan, Afghanistan, sbghn besar negara Afrika dan Arab. UK dan USA juga tak terlepas dari masalah kaum dan agama.
          3. Tak timbul isu kezaliman dan merampas hak orang. Kita hanya mintak hak kita, spt maksud pantun yg pernah saya tuliskan:
          Jangan pergi ke seberang,
          Singgah saja di pinggir kota,
          Jangan ambil hak orang,
          Jaga saja hak kita.
          Sdr (?) hanya nampak Bernas dan menuduhnya pulak menindas petani. Saya agak hairan cara sdr(?) melihat dan berfikir.
          Sebelum ada LPN/Bernas, pembeli dan pengilang padi adalah mostly Chinese manakala pesawah are mostly Malays. Sdr (?) itu. Adakah sdr (?) tahu dan nampak bahawa pesawah Melayu itu ditindas oleh pembeli/pengilang Cina? Kerana itulah LPN/Bernas diwujudkan bagi memberi pilihan kepada petani tadi utk menjual mereka. Disokong pula dgn GMP (Guranteed Minimum Price)Policy yg diperkenalkan oleh kerajaan. Kerana adanya LPN/Bernas maka para petani Melayu mendapat harga yg lebih tinggi drp pengilang Cina.
          Oleh kerana pengilang swasta ini terus beroperasi maka adalah tak benar hanya Bernas saja yg monopoli penjualan beras.
          Bernas diberi monopoli utk mengimport beras; ini adalah keputusan strategik kerajaan kerana beras adalah makanan asasi penduduk negara ini. Ia penting dari segi food security, termasuk menjaga perut sdr (?) sekeluarga dan saya.
          Yg saya agak hairan sdr (?) nampak Bernas tetapi mengapa sdr (?) tak nampak siapa yg memonopoli gula, tepung, simen, spare parts, import daging, industri ayam dll? Kenapa tak serang mereka?

          T/kasih.

          Like

          • #6 by sputjam on June 1, 2010 - 8:50 pm

            @ darah tuah
            Saya tidak menanggap pembeli/pengilang kepunyaan cina menindas petani. malah kalau mereka tidak wujud, maka padi yang dituai akan terbiar dan tidak dapat dipasarkan, atau akan wujud pula pembeli/pekilang melayu yang menindas petani tersebut.
            kalau dibuat kajian, ramai dari petani sekarang ini bukan rakyat malaysia tetapi rakyat Thai, yang menyewa sawah dari tuan punya sawah.ini berlaku kerana anak petani tidak bersemangat mengerjakan sawah mungkin kerana pendapatan yang tidak memadai atau petani sudah sakit atau uzor.
            Sudah tentu Bernas/LPN membeli degan harga yang tinggi sebab mereka tidak beroperasi saperti syarikat swasta dimana kerugian akan mengakibatkan pemiliknya muflis. dalam konteks bernas/LPN, mereka hanya perlu meminta bantuan kewangan yang lebih dari kerajaan.
            saya hairan, kenapa perkasa, yang dikatakan berjuang untuk kepentingan melayu, tidak meminta GMP (guaranteed minimum price) dinaikkan. malah, kalau bantuan kepada petani kecil ini diberi GMP yang tinggi untuk kesemua hasil pertanian, saperti tebu, getah, kelapa sawit, padi dan sebagainya, maka ini akan membantu rakyat yang miskin dan produktif secara terus dan waris mereka diberi peluang pelajaran untuk memajukan lagi ladang tersebut, atau ke institusi pelajaran tinggi dalam bidang berlainan. Tetapi kita harus soal, kenapa petani sayuran berjaya tanpa subsidi atau bantuan kerajaan atau GMP? malah boleh tandingi sayuran import negara lain.

            Like

          • #7 by Selamba on June 3, 2010 - 3:01 pm

            Dei Sputjam… ko cakap -“Saya tidak menanggap pembeli/pengilang kepunyaan cina menindas petani. malah kalau mereka tidak wujud, maka padi yang dituai akan terbiar dan tidak dapat dipasarkan, atau akan wujud pula pembeli/pekilang melayu yang menindas petani tersebut.”

            Kenapa ko ni rasis sangat.. ewah ewah.. kalau pengilang tu Melayu, ko sure fikir mereka akan menindas Melayu.. kalau pengilang tu cina,.. ko anggap mereka tu baik..

            ko ni gila ke? Ko benci sangat Melayu ni apa pasal? Patutlah melayu semua benci cina.. angkara orang cina macam ko ni lah.

            Memang terbukti pengilang cina menindas Melayu.. sebab tu kerajaan tubuhkan bernas. Tak paham bahasa ke? Ko tu petani Melayu ke?

            Kalau tak tahu hujung pangkal satu isu… jangan le main cakap tanpa bukti aje. NANTI ORANG GELAR KO SPUTJAM YANG BANGANG.

            bila aku panggil ko bangang, ko marah pulak. ko tak sedar ko bangang. kalau ko marah, ko ni in denial.

            Like

  2. #8 by Mahdee on May 26, 2010 - 7:19 am

    Saudara:

    Saya terpanggil untuk menyertai perbincangan ini. Untuk itu saya mengulangi petikan ayat-ayat ini agar kita dapat benar-benar menghayati semangat apa yang diperbincangkan……

    Para 18. “…..Lantaran, potensi berlakunya ‘yang dikejar tak dapat (sudah terbukti), yang dikendung berciciran’ amatlah besar sekali!…..”

    Para 20. “…..membulatkan sokongan orang Melayu di bawah satu panji-panji iaitu UMNO atau UMNO-PAS. Orang Melayu dalam PKR dan DAP keluarlah dari parti masing-masing dan menjadi ahli / penyokong UMNO atau PAS. Pra-syaratnya ialah UMNO – PAS hendaklah berubah dan lihat lebih credible serta respectable.”

    Para 22.”……Di masa lalu, apabila terdengar saja Melayu hendak bersatu dan UMNO / PAS hendak berbaik-baik, bukan sahaja DAP melompat, bahkan MCA dan GERAKAN juga melenting. Mereka sedar bahawa jika usaha tersebut berjaya maka cita-cita/visi ke-3 mereka (memerintah Malaysia) pula akan gagal. Mereka sudah hilang selera untuk hidup mewah di bawah pemerintahan BN/UMNO……”

    Sinario yang digambarkan itu amat tepat. Ia berdasarkan pengalaman dan sejarah bukannya andaian semata-mata. Oleh yang demikian saya menyeru DSN, pemimpin-pemimpin UMNO, pemimpin-pemimpin PAS dan kepimpinan Melayu dalam mana-mana parti politik sekalipun mestilah lupakan sementara program pembangunan negara. Sebaliknya duduk dimeja bulat dan mendalami saranan ini jika ingin melihat Bangsa Melayu terus meneraju pemerintahan negara ini. Sudah tentu anda semua juga yang pertama meraih faedahnya.

    Inilah sahaja kekuatan yang masih ada pada orang Melayu untuk kita diterima dan dihurmati oleh rakan-rakan kita yang lain. Kita tidak ingin memusuhi sesiapa dan meminggirkan sesiapa. Tetapi apa yang orang Melayu harapkan ialah agar penduduk pribumi yang merupakan pendududuk majoriti ini tidak ditekan oleh golongan minoriti hanya atas sikap terlalu baik hati yang kita tunjukkan. Perpaduan Melayu adalah teras kepada perpaduan negara. Orang Melayu tidak berpecah dan tidak ingin berpecah tetapi dalam banayk hal perjuangan pemimpinlah yang membuat pengikutnya bepecah.

    Lihatlah kalau Melayu berkuasa bangsa lain akan turut menikmati faedahnya malah kadangkala lebi hdari orang Melayu yang berkuasa. Sbaliknya kalau bukan Melayu berkuasa Melayu hanya diminta menjadi pemerhati dan peghias ruang.

    Pemimpin-pemimpin Melayu yang menjadi harapan kami kembalikanlah perpaduan Melayu yang sebenarnya.

    Saya doakan semoga berjaya.

    Mahdee

    Like

  3. #9 by CassimSelamat on May 28, 2010 - 8:57 pm

    Betul Tuah,

    Keputusan pilihan raya di SIBU and HULU SELANGOR telah membuktikan bahawa BN telah hilang sokongan dari pada orang CINA. MCA telah mandul, tidak lantah bersuara untuk mendapatkan sokongan masyarakat CINA manakala UMNO terpaksa “begging” untuk mendapatkan undi mereka.
    BN bukan lagi pilihan utama masyarakat CINA; ini adalah fakta and BN perlu mengubah strategi.

    Dapatkan kembali sokongan orang MELAYU!!! Ini adalah misi utama UMNO. UMNO mesti dilihat sebagai the main power in this country again. UMNO perlu menyatupadukan MELAYU setelah di pecah liwatkan oleh Anwar si liwat. MELAYU perlu disatukan kembali supaya kura-kura kecil ini tahu who is the boss.

    Like

    • #10 by sputjam on May 29, 2010 - 11:07 am

      @ Kassim Selamat-
      Buat apa jadi “boss” kalau tak pandai mentadbir?
      Polisi NEP jelas telah menyekat yang berkelayakan dari mencapai tahap tertinggi mereka, dan meggalakan yang kurang berkebolehan berleluasa.

      Like

      • #11 by Average Joe on May 31, 2010 - 2:19 pm

        @ sputjam
        quote: “Polisi NEP jelas telah menyekat yang berkelayakan dari mencapai tahap tertinggi mereka, dan meggalakan yang kurang berkebolehan berleluasa.”

        what a joke! NEP tidak mengetepikan sesiapa. tetapi golongan yang kononnya berkeyakan tinggi itu sendirilah yang jahil tentang bidang perkhidmatan awam. salah golongan itu sendiri kerana mereka sendiri tidak berminat. lagi satu golongan yang kononnya berkelayakan tinggi itu mempunyai ego superiority complex yang amat mendalam, mereka tak mahu masuk perkhidmatan awam kerana tidak mahu duduk di bawah ketua jabatan yang berasal dari kaum yang mereka pandang rendah. itulah hakikat sebenarnya!

        Like

        • #12 by sputjam on June 1, 2010 - 10:49 am

          @ average joe
          anggapan bahawa bukan bumiputra tidak berminat bekerja dengan perkhidmatan awam tidak benar. 400 orang cina telah memohon pekerjaan dengan MACC untuk mengisi 40 kerja kosong.
          malah, ramai yang mahu menjadi polis dan sebagainya, tetapi tidak berbuat demikian kerana bermacam-macam anggapan, termasuk anggapan bahawa bukan bumiputra tidak digalakan untuk berkhidmat dengan kerajaan dan halangan direka untuk mengagalkan pemohon itu.

          Like

      • #13 by darahtuah on June 1, 2010 - 3:31 pm

        sputjam,

        Saya rasa eloklah sdr (?) melihat the bigger picture mengenai kejayaan DEB tanpa menafikan kelemahan pelaksanaannya.
        Dari segi pembangunan modal insan, DEB lah yg telah menghasilkan golongan profesional Melayu (doktor, peguam, jurutera, arkitek dll) sehingga melebihi sasaran 30% sekarang ini; ada 60.4% (arkitek); hanya akauntan = 24.5%.
        Saya yakin bahawa saya sendiri, jika bukan kerana DEB, saya tak akan jejak pagar UM.
        T/kasih.

        Akbar

        Like

        • #14 by sputjam on June 1, 2010 - 9:26 pm

          Darah tuah,

          dari segi pelajaran, tiada siapa perlu disingkirkan. maka kelemahan DEB adalah kerana kerajaan dengan sengaja tidak mengindahkan golongan tertentu untuk menjadi pentadbir/pensyarah/penyelidik di institusi pelajaran kita pada dekad 80 dan 90’an kerana penggunaan bahasa melayu. Setiap rakyat yang berkeyakinan, patut diberi peluang untuk menamatkan pelajaran mereka sehingga ketahap yang mereka puas dan keputusan pelajaran dibuat oleh individu, dan bukan didiktat oleh pihak pentadbir. dan kalau mereka gagal, diberi ruang untuk meneruskan usaha mereka. cara ini akan mengurangkan rasa curiga/kehilangan semangat digolongan tertentu dan basmikan hasrat dengki dan marah dalam semua golongan masyarakat.
          sekian.

          Like

          • #15 by darahtuah on June 3, 2010 - 3:49 pm

            sputjam,

            Saya agak letih melayan fikiran sdr(?).

            Nampak sangat u tak menghormati dan mengiktiraf kedudukan bahasa Melayu spt yg terpahat dlm Perkara 152, Perlembagaan Malaysia.

            Boleh sdr (?) bekerja, misalnya, dgn kerajaan Thai, Jepun dan UK tanpa mengetahui bahasa native/rasmi mereka?

            Kenapa sdr (?) tak marah sesetengah sykt swasta yg mengenakan syarat bahasa mandarin sedangkan ianya bukan bahasa rasmi negara ini? Bukankah tujuannya itu adalah bersalutkan diskriminasi? Budak tadika pun faham.

            Tk.

            Like

  4. #16 by Muhammad on May 30, 2010 - 4:17 pm

    Salam Datuk,

    4. Mereka telahpun dapat kerakyatan .. menguasai ekonomi Negara [MEB dijangka akan dieksploitasi dan dijadikan alat (tool) baru untuk mengangkang dan menjajah orang Melayu].

    Berkenaan perkara diatas, saya amat berbangga dengan tindakan yang dilakukan diKongres Ekonomi Bumiputera diibunegara pada 29 Mei dimana Model Ekonomi Baru (MEB) yang disusun oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negera (MPEN) telah dikritik oleh dua bekas pegawai tinggi kerajaan pusat kerana “tidak mengutamakan agenda Bumiputera”. Saperti yang dilapurkan di

    http://m.malaysiakini.com/news/133061

    Saya pasti saya mewakili kaum Melayu mengucapkan terima kasih diatas usaha “menggariskan langkah dengan menjadikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber penggubalan MEB demi menjamin kesejahteraan dan kualiti rakyat”.

    Begitu juga dengan cadangan supaya dihapuskan diskriminasi terhadap Bumiputera dan menyusun semula guna tenaga dan kekayaan negara. Perkara ini bahru sahaja dibincang dengan pesat dipos Kempen SSS –

    Discrimination, Population Decline and Closure

    Begitu juga terima kasih kapada yang “menggesa agar agenda Bumiputera perlu dizahirkan dengan meningkatkan kapasiti dan kebolehan yang tinggi .. MEB dan Rancangan Malaysia ke-10 perlu lebih perkasa dengan menitikberatkan pendidikan dan latihan serta kuota biasiswa perlu diteruskan”.

    Betul kata Presiden MPM bahawa agenda Bumiputera mesti diutamakan dan menjadi agenda nasional.

    Melayu tidak akan rela dan akan membantah seterusnya jika pucuk pimpinan mebenarkan MEB dieksploitasi dan dijadikan alat menjajah orang Melayu.

    Saya juga setju sepenuhnya dan dengan ini mengulang dan melaungkan hujjah-hujjah Datuk di

    “18. .. segala usaha, umpan, insentif dan ‘rasuah’ DSN untuk menarik sokongan kaum Cina dan India telah/akan membuat sebahagian besar orang Melayu, termasuk ahli dan penyokong UMNO, terluka hati, merajuk dan marah. Lantaran, potensi berlakunya ‘yang dikejar tak dapat (sudah terbukti), yang dikendung berciciran’ amatlah besar sekali!”

    Marahnya itu sudah dilihat dari timbulnya Perkasa dan 76 NGO Melayu, yang telah berhimpun dari masa ke masa. Demikian juga timbulnya bentuk himpunan “Melayu Bangkit” diTrengganu yang himpunan secara fisikalnya masih ditunggu-tunggu Melayu yang prihatin keadaan yang melanda negara ini sekarang.

    Like

    • #17 by darahtuah on June 29, 2010 - 10:37 pm

      Ribuan terima kasih di atas sokongan tuan. Kita memerlukan sokongan bulat dan padu drp semua umat Melayu spt tuan.

      Like

  5. #18 by Tedong on May 31, 2010 - 9:32 am

    Seperti yang saya kata dulu Perpaduan Melayu yg menjadi jalan utama penyatuan Melayu itu. Kelemahan ini yg menyebabkan bangsa ini memijak kita..kena fikirkan segala sudut utk pertahan kan hak kita, seperti institusi Raja mengawal Tanah-Tanah Melayu atau dgn kata lain tanah yang berstatus MCL tidak boleh dijual kepada bangsa sain kecuali bangsa itu sahaja MELAYU. Begitu juga pengawalan perumahan misti diutamakan pada Melayu yang berkemampuan bukan keuntungan sahaja utk developer. Disini jika pemimpin yang hendak mengambil keuntungan akan terikat dengan Istana yang mengawal semua tanah2 adat Melayu.Dgn cara ini bangsa itu akan banyak birokrasi yang hendak ditempuh dan byk pekong akan terbongkar.
    Berbalik pada perpaduan itu tadi, bagaimana utk kita dapat mengumpulkan semua org2 Melayu baik di UMNO< PAS, PKR dan Ataspagar ini? Bagaimana untk kita menyatukan mereka ini?..atau lagkah yang paling gila boleh dibuat . . tukar ke tiga2 parti ini kepada satu parti Melayu sahaja???? … Dgn cantuman ketiga2 Manifesto parti berkenaan? … Insyaallah boleh berjaya . . Kita pentingkan Parti atau Bangsa kita sendiri???..fikir2kan!!!

    Like

    • #19 by darahtuah on June 29, 2010 - 10:42 pm

      Gabungan / cantuman 3 parti tu masih jauh tp wajar diusahakan.

      Like

  6. #20 by sujini on May 31, 2010 - 2:51 pm

    Datuk Darah Tuah

    Pilihan pertama di para 9 adalah yang ideal.

    Namun kaum bukan Melayu tidak lagi menunjukkan sokongan kepada Kerajaan DSNajib.

    Pilihan kedua bagi orang Melayu yang saya nampak waktu terdekat ini adalah PERKASA.

    Jika PERKASA dijadikan satu parti politik maka saya rasa ramai orang Melayu akan menyokongnya.

    Walaupun peribadi Datuk Ibrahim Ali dikenali sebagai “Al-Kataki” tapi saya rasa hanya beliau sahaja ahli politik Melayu yang menonjol didalam memperjuangkan Perkara 153. Sedangkan pemimpin no.1 kerajaan pun nampak macam hendak membelakangkan perkara ini.
    Seterusnay saya tidak nampak mana-mana parti komponen BN dan terutamanya ahli-ahli UMNO yang memegang jawatan kerajaan berani memperjuangkan perkara 153 ini.

    Terima kasih.

    Like

    • #21 by darahtuah on June 29, 2010 - 10:47 pm

      Nampaknya, di kalangan NGO Melayu, Perkasa lah yg paling vokal menyuarakan kepentingan Melayu. Biarlah ia terus memainkan peranan spt sekarng.

      Like

  7. #22 by rahim on May 31, 2010 - 6:25 pm

    salam,
    saya nak cuba fikir diluar kotak, kut2 boleh masuk..macam mana ya cuba anda fikir kalau pas tak mau brsatu dgn umno dan mic, mca pulak dah mandul so apa pilihan kita ??? macam kalau kita campur dgn dap, kalau dap bolih pi kat pas kenapa tidak bolih dgn umno..???

    Like

  8. #23 by FlyingGhost on June 17, 2010 - 1:17 pm

    Mengapa perlu menghormati Kontrak Sosial dan Perlembagaan negara ?

    Like

    • #24 by darahtuah on June 21, 2010 - 6:06 pm

      FlyingGhost,

      Untuk menjawab soalan kamu, eloklah saya tanya: jika kamu memandu, mengapakah kamu menghormati lampu isyarat dan ‘no entry’?

      Tk.

      Darahtuah.

      Like

      • #25 by FlyingGhost on June 29, 2010 - 11:26 am

        To darahtuah – Ini tak bermaksud sesetengah org yg mempunyai ‘hak-hak keistimewaan’ boleh melanggar tak perlu ikut lampu isyarat.

        Ok back to the topic

        Like

        • #26 by darahtuah on June 29, 2010 - 10:55 pm

          Kalaulah kamu sedia menghormati lampu isyarat yg bersifat robot maka tentulah pelik sekali bila kamu mengemukakan soalan asal itu.

          Tentylah kamu sepatutnya tahu bahawa isu-isu utama di bawah “Social Contract” telahpun diabadikan di dlm Perlembagaan.

          Perkara 153 tak memberi hak pd sesiapa utk melanggar undang2 / “lampu isyarat”.

          Like

          • #27 by FlyingGhost on July 2, 2010 - 1:20 pm

            Pada pendapat saya, Perkara 153 patut dimansuhkan kerana ia tidak memberi ruang untuk mempersoalkan kelemahan Perlembagaan.

            Semua org sedar, perlembagaan kita memberi kepentingan kepada golongan tertentu sahaja. Tapi masalahnya, ia tidak boleh dipersoalkan and memperbaiki kelemahan perlembagaan.

            Like

    • #28 by FlyingGhost on June 29, 2010 - 12:12 pm

      Pada pendapat saya, org yang miskin yang kebanyakannya terdiri daripada org melayu, org asli and penduduk sabah, sarawak patut mendapat bantuan.

      Tapi malangnya, sesetengah org mempergunakan “kontrak sosial” untuk kepentingan diri sendiri. Cthnya, diskaun utk membeli banglo, kontrak kerajaan, AP dan sebagainya.

      Like

      • #29 by darahtuah on June 29, 2010 - 11:02 pm

        Masalah yg kamu timbulakan itu sudah diketahui umum dan inilah yg cuba diatasi oleh DSN melalui MBE – market friendly affirmative action.

        Saya sendiri telah memberikan syor dlm persidangan Dewan semasa membentangkan Rang Undang2 SME Corp pada tahun lalu… di kalangan EKS Melayu, based on merit / know how; bukan know who.

        Apa pulak syor kamu?

        Like

  9. #30 by darahtuah on July 2, 2010 - 10:04 pm

    FlyingGhost,

    1. Tidakkah dangkal syor anda itu? Anda tak sedar dah beberapa kali Perlembagaan negara dipinda? 153 tak pun menyekatnya.

    2. Nampaknya anda juga tak tahu (atau buat2 tak tahu) sejarah Perlembagaan negara digubal. Orang Cina dan India, sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka, adalah merupakan pendatang di bumi ini. Hakikat tersebut diakui sendiri olwh Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan. Bacalah di sini
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

    Jika anda mahu 153 dihapuskan maka, atas dasar timbal balik yang asal, anda setuju kerakyatan orang Cina dan India ditarik balik?

    T/kasih.

    Like

    • #31 by FlyingGhost on July 6, 2010 - 11:47 am

      Nampaknya anda sudah berdalih dari persoalan saya. Apa salahnya sebagai warganegara, mendapat layanan yang sama ?

      Like

  10. #32 by FlyingGhost on July 6, 2010 - 11:59 am

    “Orang Cina dan India, sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka, adalah merupakan pendatang di bumi ini. Hakikat tersebut diakui sendiri olwh Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan. ”

    -So what ? Kebanyakan org melayu bukan berasal dari Malaysia. Sila baca balik sejarah. Org asal adalah org asli. Adakah bermaksud kebanyakan org melayu tidak layak menjadi bumiputra ?

    Mungkin pandangan saya berbeza daripada anda, tapi apa yang saya cuba sampaikan, semua org patut dilayan sama rata.

    Like

    • #33 by darahtuah on July 8, 2010 - 9:44 pm

      FlyingGhost,

      1. “Kebanyakan org melayu bukan berasal dari Malaysia” –

      anda perlu faham konsep sejarah silam (bukan sekadar sejarah moden), Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) dan konsep kenegaraan. Sebagaimana Cina Singkiang tak dianggap pendatang bila berhijrah ke Shanghai di masa lalu, begitulah juga Melayu Acheh atau Melayu Bugis yg menetap di Semenanjung Tanah Melayu di masa silam.
      Portugis menumbangkan kerjaan Kesultanan Melayu Melaka, bukan kerajaan Cina atau India; contoh lain, Francis Light membuat perjanjian dengan Raja Melayu Kedah; bukan dgn raja Cina atau India.

      2. “semua org patut dilayan sama rata” –

      Perkara 8(1), Perlembagaan kita menjamin apa yg anda hendakkan itu; Perkara 8 (2) pula membenarkan pembezaan sptmana yg dinyatakan oleh perlembagaan,misalnya, Perkara 3, 152, 153 dll; umpama kata George Owel dlm Animal Farmnya “all animals are equal but some are more equal than others”.

      LKY juga akui in August 2009 bahawa terdapat “false and flaws” dlm tuntutan semua rakyat Singapura hendaklah dilayan sama rata kerana tuntutan Perkara 152, Perlembagaan pulau itu.

      T/kasih.

      Like

  11. #34 by FlyingGhost on July 13, 2010 - 10:30 am

    “anda perlu faham konsep sejarah silam (bukan sekadar sejarah moden), Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) dan konsep kenegaraan. Sebagaimana Cina Singkiang tak dianggap pendatang bila berhijrah ke Shanghai di masa lalu, begitulah juga Melayu Acheh atau Melayu Bugis yg menetap di Semenanjung Tanah Melayu di masa silam.
    Portugis menumbangkan kerjaan Kesultanan Melayu Melaka, bukan kerajaan Cina atau India; contoh lain, Francis Light membuat perjanjian dengan Raja Melayu Kedah; bukan dgn raja Cina atau India.”

    -kesimpulannya, org cina dan india pun bukan pendatang

    “Perkara 8(1), Perlembagaan kita menjamin apa yg anda hendakkan itu; Perkara 8 (2) pula membenarkan pembezaan sptmana yg dinyatakan oleh perlembagaan,misalnya, Perkara 3, 152, 153 dll; umpama kata George Owel dlm Animal Farmnya “all animals are equal but some are more equal than others”.”

    -sebab apa nak samakan manusia dengan binatang ?

    Like

  1. Lagi isu Sekolah Vernakular SJKC « Hidup Tuah!

Leave a comment