RMK11 – Jangan harapkan miracles; Jurang akan melebar‏

1. Sebahagian besar kejayaan Negara kita adalah kerana ada perancangan yg dipandu oleh Rancangan Pembangunan 5 Tahun yg consecutive spt RMK11 ini. Tahniah kpd kerajaan, khasnya EPU.

2. Dalam RMK11 (berdasarkan ringkasan), kita disajikan dengan Tema dan aspirasi serta Teras Strategik dan Pemacu Perubahan.

imagevf1

3. Malangnya kita masih tidak merangka Dasar Induk (Mother Policy) yg kekal spt Switzerland. Dasar induk ini yang sepatutnya menjadi penentu dan pengikat semua dasar dan program kerajaan secara coherent dan inter connected.

4. Kerana ketiadaan mother policy tersebut maka kita lihat dasar dan program kita sering berubah2 dan berkontradiksi.

5. Ulasan awal saya yang ingin diulang ialah kita sepatutnya menggunakan perkataan yg mudah difahami rakyat spt ‘merapatkan jurang antara orang kaya dgn orang miskin’. Bkn perkataan ‘inclusive’ atau ‘keterangkuman’ yg mana kedua2nya tidak mudah difahami  rakyat biasa.

6. Sekadar hendak memberi contoh yang masih hangat di kalangan rakyat ialah isu GST. Antara penyebab hiruk pikuk dan rakyat marah adalah kerana salah faham sebab tidak faham ayat/perkataan bombastik yang digunakan. Contohnya, ‘GST adalah satu sistem pencukaian untuk MENAMBAHbaik cukai SST yang sedia ada.’

7. Perkataan MENAMBAHbaik itu difahami oleh sebahgian rakyat biasa sebagai MENAMBAH cukai yang ada. Tentulah mereka marah. Lebih2 lagi siapa yang suka bayar cukai? Inikan pulak hendak TAMBAH cukai!

8. Bukankah lebih baik digunakan ayat yang lebih mudah difahami ramai. Misalnya, ‘kerajaan ingin KURANGKAN cukai yang kini dibayar oleh rakyat. Rakyat sekarang membayar SST sebanyak 15%. Ia akan digantikan dgn GST yang lebih RENDAH iaitu 6% sahaja.’

9. Berbalik kepada RMK11. Yang menarik perhatian saya ialah usaha utk merapatkan jurang kekayaan, bkn setakat pendapatan, antara yg miskin dgn yg kaya, sptmana yg dijanjikan oleh YAB PM pd 30 Mac 2010. Ia merupakan Teras Strategik I (Mempertingkat Pembangunan Inklusif).

10. Tahniah kerana EPU memberikan keutamaan itu.

11. Apakah sasaran Teras Strategik I ini dalam RMK11 yang telah ditetapkan untuk dicapai menjelang 2020? (Mungkin ada dalam laporan yang tebal itu).

12. Rakyat ingin tahu bagaimana pula sasaran tersebut hendak dicapai di bawah payung MBE setelah kita tahu trickle down growth theory doesn’t work.

13. Kita dikejutkan pula oleh fakta yg menakutkan bahawa jurang kekayaan semakin melebar di bawah MBE, spt carta di bawahWhite down pointing backhand index. Ini bermakna strategi inklusif itu tlh gagal!

imvfdage2

14. Maklumat lanjut mengenai kedudukan bangsa kita yang semakin teruk sekarang ini boleh dibaca di sini:

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&ei=pXtVVYKRGsaPuAS17YDACw&url=https://darahtuah.wordpress.com/2014/01/07/pencapaian-bumiputera-matlamat-masih-jauh/&ved=0CCAQFjAA&usg=AFQjCNEy8T4dckBHklofdwnLZegXNNAw1g

Berilah sedikit masa untuk mengunyahnya.

15. Apa yg amat membimbangkan saya ialah RMK11 ini sendiri merancang utk melebarkan jurang pendapatan, bkn utk mengecilkannya spt mana yg ditunjukkan oleh graf yg dibekalkan itu.

ima vcge4

16. Statistik berkenaan menunjukkan jurang pendapatan antara B40 dgn M40 melebar dari RM3,125 sebulan (2014) kpd RM 4,820 sebulan (2020) & antara B40 dgn T20 pula melebar dari RM11,768 sebulan (2014) kpd  RM 17,250 sebulan (2020).

17. Begitu juga antara M40 dan T20. Jurangnya diunjurkan bertambah luas, dari RM8,643 (2014) kepada RM12,430 pada tahun 2020 nanti.

18. Rengkasnya, secara kasar, jurang purata pendapatan bulanan isi rumah antara kumpulan pendapatan akan melebar antara 43% dan 54%.

19. Unjuran tersebut jelas menunjukkan bahawa bukan kerajaan yang gagal merancang tetapi kerajaan sebenarnya merancang utk GAGAL!

20. Diakui dan tahniah kerana kerajaan tlh berjaya memerangi kemiskinan mutlak hampir sifar (1.7%) pd thn 2012; berusha menghapuskannya dari 49.2% pd thn 1970. Namun, untuk melengkapkan usaha keterangkuman itu, yang turut wajar diberi perhatian ialah kemiskinan relatif. Apakah pula kedudukan kemiskinan relatif pada masa ini? EPU & DOS ada maklumat tersebut.

21. Saya tidak terperanjat jika kemiskinan relatif kita sekitar satu per lima (20%) dan bilangan isi rumah berkaitan terus meningkat. Jika benar, ini bermakna kelas menengah kita mengecil spt yg berlaku di Singapura.

22. Utk melaksanakan 5 strategi utama di bawah Teras I itu, apakah Dasar2 sedia ada yg tlh dikenalpasti akan disemak semula utk dipinda/diganti dan apakah pula Dasar2 baru yg akan diperkenalkan utk menyokong Teras ini?

23. Apakah mekanisma baru yg akn diperkenalkan utk memastikan ada coherence dan cohesiveness dlm merangka semua dasar dan program kerajaan agar jurang kekayaan terus bertambah rapat? Sebagai contoh, keputusan JPA memberi kenaikan 2%  kpd semua pesara adalah baik tetapi tanpa disedari pemberian pro rata ini telah melebarkan lagi jurang pendapatan. Sebaiknya JPA memberikan kenaikan berdasarkan inverted percentage.

24. Contoh JPA itu jelas menunjukkan kefahaman tentang dasar sepenting ini (MBE) tidak very well trickle down, hatta ke agensi pusat seperti JPA. Maka bagaimanakah kefahaman tersebut hendak trickle down pula ke agensi di daerah2 dan di kampung2?

25. Ia juga sekali gus menunjukkan jentera kerajaan ini perlu dimandorkan atau ianya memerlukan super coordinator untuk memastikan ada coherence dan cohesiveness dalam semua keputusan dan tindakan.

26. Dalam pada itu, saya perhatikan semacam tiada kaitan antara satu Teras dengan Teras yang lain. Seolah2 macam dalam silos.

27. Misalnya antara Teras I dan Teras III (Membangun Modal Insan). Dalam Teras III, misalnya, tidak ditegaskan usaha untuk menyusun semula guna tenaga,  menghapuskan diskriminasi dan meratakan padang permainan. Maka dengan penyakit sosio-ekonomi sedemikian rupa,  bagaimanakah masyarakat kita akan lebih terangkum rapat dan bersatu padu?

28. Begitu juga dengan Teras IV – Menuju Ke Arah Pertumbuhan Hijau. Saya sokong prakarsa ini. Malangnya usaha merapatkan jurang tidak jelas di bawah Teras ini.

29. Justeru saya ingin caution Kerajaan/EPU. Keghairahan melaksanakan pembangunan berteraskan teknologi hijau juga boleh melebarkan jurang kekayaan dan taraf kesejahteraan hidup jika dasar dan pelaksanaannya tidak poor-centric dan community-based.

30. Selain daripada dasar yang baik, yang juga penting ialah sistem pelaksanaan dan penyampaian kerajaan. Dasar yg baik tetapi tidak dilaksanakan dgn baik, adil dan pantas blh menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat.

31. Sebagai contoh, kita kedengaran keluhan rakyat yg memohon geran, insentif, pinjaman dan bantuan kerajaan. Mereka mengalami pelbagai kesukaran dan kerenah birokrasi. Berbulan2 masih tidak mendapat berita. Mereka mendepani sikap sebahgian pegawai yg bukan hendak membantu memudahkan urusan.

32. Jika PM suka showcase kejayaan individu, izinkan saya pula menegaskan betapa banyaknya syarikat yang gagal mendapat bantuan, misalnya, daripada MIDA, SMIDEC, TERAJU, CRADDEL, MOSTI, MARA, dll. Berpuluh2 ribu!

33. Nampaknya lebih mudah mendapat projek berbilion2 Ringgit sekalipun ada yang menjadi gajah putih berbanding hendak mendapat ratus ribu; perlu melalui reality show dan sebagainya. Akhirnya tidak berjaya juga.

34. Of course yang berjaya pun ada! Kerana ada juga pegawai yang bagus; sedia untuk menolong.

35. Seterusnya kita inginlah tahu dari sejumlah RM260 bilion yang diperuntukkan  untuk merealisasikan RMK11 ini, berapa banyakkah yang akan ditanggung oleh kerajaan Persekutuan dan berapa banyak pula yang akan ditanggung oleh pihak2 lain?

36. Berapa banyak untuk luar bandar yang serba kekurangan dan berapa banyak pula untuk bandar yang jauh lebih mewah itu?

37. Berhubung kait dengan peruntukan ini, kerajaan Persekutuan mempunyai hasil yang cukup2 saja untuk menampung perbelanjaan mengurus dengan sedikit lebihan akaun semasa.

38. Yang demikian, kerajaan terpaksalah meminjam dan berhutang untuk menampung keperluan kewangan sebanyak RM260 bilion itu bagi melaksanakan RMK11 ini.

39. Saya sedar pinjaman tersebut adalah penting demi keperluan pembangunan untuk rakyat. Namun pada masa yang sama, kerajaan pula dituntut supaya berbelanja secara berhemah.

40. Sebagai ukuran berhemah atau tidak berhemah, mohon diterangkan kesan hutang itu nanti dari segi (a) nisbahnya ke atas GDP, (b) defisit fiskal, dan (c) nisbah kadar bayar balik hutang. Saya tidak bimbang jika nisbah kadar bayar balik hutang tersebut masih bawah treshold 15%. Ia merupakan proksi ukuran kemampuan kerajaan dalam  membayar hutangnya.

41. Dalam pada itu, persepsi saya, tiada apa yang extra ordinary mengenai RMK11 ini. Teras dan Pemacu itu merupakan topik-topik lama yang direpackage (kalaupun bukan direcycle!). RMK11 masih  beroperasi di bawah falasafah,  dasar dan ecosystem yang sama serta terus dibelengu dan dikongkong oleh peneraju supply chain yang juga sama.

42. So, please don’t expect miracles to happen. Business will be as usual despite adanya NBOS, terutama di bawah.

43. Namun, dari segi capital economy, kita akan capai status negara bertaraf ekonomi maju berpendapatan tinggi, in syaa Allah. Malangnya, dari segi ekonomi rakyat pula, jurang  kekayaan akan melebar. Jurang yang lebar atau inequalities akan memberi impak ke atas pertumbuhan ekonomi, kestabilan dan perpaduan rakyat / hubungan sosial.

44. Saya ingin revisit ramalan saya pada 29 Mei 2010. Saya telah meramalkan bahawa jurang akan melebar di bawah MBE. Ramalan tersebut didapati tepat bagi tempoh 2009 – 2012 (Para 13 & 14 di atas). Saya gembira kalau ramalan saya kali ini SALAH!  Wallahhualam.

,

  1. Is Deputy President the only one with common sense in Umno? « Jebat Must Die

Leave a comment