DATUK SERI ALI RUSTAM JUARA RAKYAT; PEMBANGUNAN TERANGKUM & BERIMBANG.

TAHNIAH & SELAMAT MERAIKAN TAHUN KE-12 SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA, YAB DATUK SERI! SEMOGA TERUS GIGIH MELAKSANAKAN AMANAH INI DAN DIBERKATI OLEH SWT. AMIN.

YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka sejak 2 Disember 1999. Dalam tempoh dua belas tahun itu, mercu tanda kejayaan gemilang pentadbiran beliau ialah Melaka melonjak mencapai taraf Negeri Maju. Beliau boleh dinobatkan sebagai Arkitek Pembangunan Melaka!

Taraf tersebut telah diisytiharkan dalam suasana gilang gemilang oleh YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia tepat jam 20:10 20/10/2010 di hadapan kira-kira 50 puluh ribu penduduk Melaka dan disaksikan pula wakil OECD, Jon Hall serta berjuta rakyat Malaysia melalui TV.

Makna Maju

Apa maknanya taraf negeri maju kepada penganalisa ekonomi pembangunan dan kepada rakyat biasa?

Bagi penganalaisa ekonomi pembangunan, sekurang-kurangnya dari satu aspek, Melaka mestilah telah memenuhi 2 kriteria yang kritikal – indikator kuantitatif dan indikator kualitatif.

Pertama, berdasarkan sekumpulan indikator kuantitatif yang diiktiraf / dipersetujui oleh badan antarabangsa yang berwibawa, Melaka telah mencapai penanda aras (benchmarks) tertentu. Kedua, majoriti penduduk Melaka sendiri merasakan dan berpendapat bahawa negeri Melaka sesungguhnya telah maju (indikator kualitatif).

Berdasarkan 32 indikator kuantitatif yang disusun dan dipersetujui bersama dengan OECD yang beribu pejabat di Paris, 29 atau 90.6% daripadanya telah mencapai tahap minima kemajuan 33 buah negara anggota OECD. Menggunakan bahasa Mohd Ali Rustam, “Melaka telah lulus ijazah kelas dua bawah”. Kumpulan indikator itu merangkumi aspek ekonomi, sosial, alam sekitar dan pentadbiran.

7 daripada 32 indikator tersebut pula telah mengatasi tahap kemajuan negara-negara OECD – bekalan air bersih (100%), bekalan letrik (100%), kadar pengangguran terendah (2.4%), kadar kemiskinan terendah (0.5%), kadar jenayah terendah (678.5 per 100,000), peratus sumbangan terbesar sektor pembuatan kepada ekonomi (47.9%) dan pertumbuhan penduduk terbaik (2.1%).

Dari segi pendapat / persepsi penduduk Melaka pula, berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh UiTM Cawangan Melaka, sebanyak 81.5% berpendapat Melaka telah maju. Sesungguhnya pandangan majoriti itu amatlah besar!

Signifikasi dua keputusan tersebut ialah kedua-duanya saling memperkukukhan (reinforcing) antara satu sama lain. Justru kedua-dua keputusan itu adalah kredible. Maka pengiktirafan dan pengisytiharan Melaka telah mencapai tahap negeri maju adalah SAH!

Mengapa penduduk Melaka berpendapat dan merasakan Melaka telah maju? Tentunya kerana mereka telah turut dapat menikmati HASIL (bukan sekadar janji retorik) komitmen beliau dalam meningkatkan taraf kesejahteraan hidup rakyat, khususnya membela golongan miskin, di samping menjana pertumbuhan ekonomi Melaka.

Hasil / Outcome

Apakah hasil / outcome kemajuan itu? Kegigihan usaha beliau menyempurnakan tanggungjawab mencapai tahap negeri maju telah memberikan manfaat besar kepada rakyat. Manfaat tersebut, dalam bahasa kontemperori, ialah socio-economic environmental outcome mix seperti berikut:

• Keamanan dan keselamatan [kadar jenayah menurun dari 744.0 per 100,000 penduduk (2008) kepada 678.5 per 100,000 (2010)],
• Perpaduan dan keharmonian kaum [sifar rusuhan kaum],
• Kebebasan bersuara dan beragama [sifar saman / litigasi oleh kerajaan],
• Kualiti hidup yang meningkat [2000, jangka hayat lelaki = 68.9 tahun; perempuan = 73.8 tahun. 2009, jangka hayat lelaki = 70.2 tahun; perempuan = 75.7 tahun].
• Pertumbuhan ekonomi yang pesat [2010 = 7.0%],
• Peluang pekerjaan yang banyak / kadar pengangguran yang rendah (ST2/2011 = 0.7%],
• Pendapatan isi rumah bertambah [purata pendapatan bulanan isi rumah telah melonjak 85% antara tahun 1999 (RM2,260) dan 2009 (RM4,184)],
• Kadar kemiskinan menurun / hampir sifar [1999 = 5.7%; 2009 = 0.5%],
• Jurang pendapatan mengecil [mengencil 21.3% antara 1999 & 2009],
• Kadar inflasi di tahap sederhana [purata 10 bulan pertama 2011 = 2.9%),
• Hasil kerajaan (revenue) mengukuh [melonjak 133%, dari RM152.59 juta pada tahun 2000 kepada RM355.91juta juta pada tahun 2010], dan
• Pembangunan mampan [pelepasan per kapita CO2 (CO2 emission per capita) adalah ditahap yang lebih rendah (6.7 tan metrik) berbanding purata OECD (9.5 tan metrik)].

Dalam kata-kata lain, selama 12 tahun yang lalu, beliau turut melaksanakan strategi KETERANGKUMAN melalui pendekatan pembangunan berimbang untuk memastikan semua rakyat, termasuk semua kaum dan orang miskin, tidak terpinggir dari arus pembangunan ke arah merealisasikan Visi Melaka Maju menjelang 2010 yang lalu.

Sebagai contoh, semua kaum dibela kerana pendapatan masing-masing meningkat dalam tempoh 1999 – 2009; pendapatan Bumiputera melonjak 118%, Cina melompat 58% dan India menokok 16%! Yang demikian, dalam tempoh yang sama, jurang pendapatan antara kaum dan antara luar bandar / bandar telah turut mengecil. Misalnya, jurang pendapatan antara luar bandar / bandar telah menegcil sebanyak 21.3% dalam tempoh yang sama itu.

Sebagai bukti bahawa sesungguhnya pendapatan penduduk Melaka telah mengukuh ialah bilangan kereta dan motosikal baru telah melonjak 41%, dari 29 buah bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2000 kepada 41 buah bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2010.

Bagi ekonomi orang Islam pula, kejayaan Datuk Seri itu dapat dilihat melalui kutipan zakat Melaka yang terus meningkat. Kutipan zakat melonjak 14.1% pada tahun 2009 (RM30.7 juta) berbanding 2008 (RM26.9 juta). Pada tahun 2010 pula, ia mengukuh 10.7% dengan kutipan sebanyak RM34 juta berbanding tahun 2009 manakala bilangan pembayar zakat pula bertambah 9.6% (+2,353 orang) kepada 26,947 orang.

Dalam pada itu, kita tidak sewajarnya take for granted seolah-olah kemajuan berkenaan boleh terhasil/terjadi dengan mudah. Ianya bukanlah Kun fayakun!

Strategi Serampang Dua Mata

Keberkesanan usaha beliau terletak pada kekuatan strategi serampang dua mata. Pertama, inisiatif makro yang merangsang pertumbuhan ekonomi, merancakkan aktiviti perniagaan, mengawal inflasi di tahap yang sederhana (2010 = 1.9%) dan menambah peluang pekerjaaan sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh sepanjang dua belas tahun yang lalu.

Melaka berjaya mencatatkan kadar pengangguran terendah di Malaysia pada tahun 2000 dan 2001, 2004 – 2006, 2008 – ST2 2011. Sekalipun Melaka turut menerima tempias tsunami ekonomi dunia, namun kadar pengangguran hanya pada tahap 0.7% pada suku kedua 2011; bermakna kita terus menikmati guna tenaga penuh sedangkan kadar pengangguran, misalnya, di Amerika Syarikat meningkat kepada 9.2% dan di Sepanyol pula melonjak kepada 21.9%!.

Sekali lagi kita boleh berbangga bahawa kadar pengangguran di Melaka pada tahun 2011 bukan sahaja terendah di Malaysia malah juga terendah di kalangan 33 buah negara OECD.

Kedua, inisiatif mikro iaitu menumpukan secara khusus kepada kumpulan sasar (orang miskin/kurang bernasib baik). Pendekatan ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya keterpinggiran, ketirisan dan keciciran. Sebagai contoh, bagi tempoh 2001 – 2010, beliau telah mengeluarkan peruntukan hampir RM560.96 juta untuk:

• membina baru/membaiki rumah rakyat termiskin sebanyak 5,792 buah dengan kos RM55.37 juta,

• membantu fakir miskin melalui MAIM sebanyak RM70.48 juta,

• membantu mereka yang susah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Amanah Kebajikan sebanyak RM304.53 juta, dan

• memberi biasiswa/pinjaman/bantuan pendidikan berjumlah RM130.58 juta.

Lakaran kejayaan cemerlang di atas sekali gus membuktikan bahawa Datuk Seri, melalui strategi keterangkuman dan pendekatan pembangunan berimbang, telah berjaya menguruskan ekonomi negeri dengan cemerlangnya, merangkumi semua kaum, termasuk ekonomi orang Islam serta mampu membela nasib rakyat golongan bawahan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Visi Baru

Kini beliau telah mengungkapkan visi yang baru pula – Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau – dengan iringan ikrar dan komitmen untuk terus membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, mengekalkan kestabilan politik, mengekalkan keharmonian sosial, meningkatkan kebajikan, kesejahteraan dan taraf hidup rakyat serta menyediakan peluang dan kemudahan yang lebih baik.

Blueprint visi ini telahpun dilancarkan pada 22 November 2011 lalu.

Beliau akan terus meningkat dan memantapkan lagi tanggungjawab untuk menghasilkan 12 socio-economic environmental outcome mix yang sama itu. Outcome tersebut akan dihasilkan dengan memberikan tumpuan kepada 3 objektif utama dan dipandu pula 7 program transformasi terkini.
3 objektif utama itu, seperti yang digariskan dalam Blueprint MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU 2011 – 2020, ialah:

• Meningkatkan pencapaian negeri maju (developed state),
• Memperkukuhkan status negeri bandar (city state), dan
• Memantapkan status negeri mampan menerusi penggunaan teknologi dan amalan hijau (green techonolgy state).

7 program transformasi pula ialah:

• 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
• Program Transformasi Kerajaan (GTP)
• Program Transformasi Ekonomi (ETP) / Model Baru Ekonomi (MBE)
• Program Transformasi Luar Bandar (RTP)
• Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
• Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA)
• Teknologi Hijau

Sekali lagi beliau akan memberi perhatian khas untuk “merakyatkan” teknologi hijau bagi mempastikan semua lapisan rakyat dapat menikmati faedah dari hasil penggunaannya. Sebagai contoh, pendapatan pekebun kecil, petani, penternak, nelayan, pengusaha EKS dan peniaga kecil dijangka akan melonjak hasil penggunaan teknologi hijau itu.

Nampaknya beliau telah berjaya merealisasikan ayat suci ini dan terus komited untuk menjayakannya:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) – maksud firman Allah dalam Surah Al Baqarah, Ayat 215.

Syukur alhamdullillah.

,

  1. #1 by dan on December 6, 2011 - 10:03 am

    melaka terbaik dari segi kebersihan juga..kiri kanan jalan susah nak cari sampah..pengurusan yang bagus dan sistematik..compare dengan kelantan serambi mekah, tersangat la kotor!!!

    Like

  2. #2 by wirasedar on December 31, 2011 - 12:06 am

    Bangga dengan kemajuan di Melaka, rakyatnya makmur, yg rajin berusaha dapatlah laba, KM yang prihatin & selalu turun padang, beberapa kali terjumpa KM di kedai kopi dan masa pagi berjogging sambil mendekatkan diri kpd rakyat dan tidak sombong, semua orang disapa. Bukan nak puji melambung tapi hakikat dan aku pun bukannya tinggal dan mengundi kat Melaka pun, x yah nak compare dengan tempat lain, Melaka tempat percutian keluarga yang menarik dilawati……

    Like

  1. DSN dan DAR: BIJAK MAJUKAN NEGERI, MAKMURKAN RAKYAT « Hidup Tuah!

Leave a comment