MALAYSIAN ECONOMY CONTINUES EXPANDING IN A HOSTILE GLOBAL ENVIRONMENT…CONGRATS YAB PM
Highlights
Malaysian Economic Indicators
Leading, Coincident & Lagging Indexes
N O V E M B E R 2011
The Leading Index (LI) which monitors the economic performance in advance decreased 1.5% in November 2011. The LI dropped to 111.2 points from 112.9 points recorded in the previous month.
The main components that contributed to the decrease were Real Imports of Semi Conductors
(-0.6%), Real Imports of Other Basic Precious and Other Non-ferrous Metal (-0.5%) and Real Money Supply, M1 (-0.3%). The annual change of the LI in November 2011 declined to 0.7% compared with 2.4% in the previous month.
The Coincident Index (CI), which measures the current economic activity, grew by 0.7% in November 2011. The main components that contributed to the increase were Real Salaries & Wages in Manufacturing Sector, Real Contributions to EPF and Capacity Utilisation in Manufacturing Sector which respectively recorded 0.2%.
The annual change of the CI increased to 1.8% in November 2011 compared with 1.6% in the previous month. The growth for both the LI and CI moderate in the reference month. On the contrary, the level of Diffusion Index for LI remains above 50.0% indicates that the economy will continue to expand albeit at a slower pace in the near term.
Source: DOSM.
PAS MELACURKAN AGAMA ISLAM
Posted by darahtuah in Isu sosial, Politik on January 16, 2012
IMAM UMNO TAK SAH SEMBAHYANG
Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.
HUKUM MENGIKUT RASA
PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAPmenerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).
Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, “orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik… siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik”. (Disambut beramai-ramai “UMNO”)… Ha… UMNO… Apa hukum orang ni?.. (Pendengar jawab “Munafik”) dan disambung dengan “Munafik”
Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP dalam pilihan raya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.
PERPECAHAN UMMAH
Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama Jumaat sekampung, kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturahim dan putus hubungan kerabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.
MEROSAKKAN AMAL IBADAT
Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.
MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM
Program-program Islam bagi melaksanakan Institusi Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam,Universiti Islam dan Institusi Islam yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang menyifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak memberi apa-apa erti pun kepada umat Islam di negara ini. “Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam”. (Harakah – 26 Januari 1983).
AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN
Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa di kalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).
PENYELEWENGAN ZAKAT
PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.
DERMA JIHAD YANG JAHAT
PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut “Derma kita adalah Jihad”.
PULAU MEMULAU
Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orangorang UMNO, tanpa menghiraukan hukum- hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).
PEMBOHONGAN PAS
PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.
BERGADUH SURUHAN ALLAH
Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata: “Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini.” Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).
MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH
PAS telah mempersendakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata “Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang”. Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?
Haji Hadi juga berkata :” Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam”. Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini di perkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000). Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusi oleh Haji Hadi sendiri.
PAS HINA WANITA
PAS menghina kedudukan wanita dengan menolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.
“Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga,” kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.
Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita “kurang rupawan” kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja, ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.
PAS MENGGADAIKAN NEGARA ISLAM
Selepas memeluk PKR dan mendakap DAP, PAS sanggup mengadaikan perjuangan, kononnya, untuk menegakkan Negara Islam di Malaysia dan menggantikannya dengan konsep Negara Kebajikan dengan harapan untuk menjadi PM. Maka sahlah bahawa PAS diwujudkan bukan untuk menegakkan Islam tetapi kerana kerakusan pemimpin sulungnya untuk terus menjadi ketua setelah kecewa tidak dapat memimpin UMNO sebab kalah kepada TYT Tunku Abdul Rahman. Samalah kes tertubuhnya S46!
PAS UTAMAKAN LIWAT, BUKAN MURTAD
PAS menyuruh ahli-ahlinya menghadhiri demonstrasi 901 untuk menyokong DSAI yang dituduh meliwat tetapi menegah ahlinya menyertai Perhimpunan Sejuta Umat yang menentang usaha memurtadkan umat Islam.
PAS sanggup memecat Dato’ Dr Hasan Ali, pemimpinnya yang kuat dan komited memperjuangkan Islam dan menentang usaha puak tertentu memurtadkan umat Islam, semata-mata kerana tidak setuju dengan cara Anwar mengheret rakyat dalam kes pribadinya. Ia dibuat atas arahan Azmin tetapi Azmin tidak pula berani mendesak DAP memecat Karpal Singh yang dengan marah menyuruh “Anwar Ibrahim harus bertaubat” kerana pembohongan 16 September (8 Februari 2009).
Laporan Audit Pulau Pinang 2010
Posted by darahtuah in Ekonomi, Isu sosial on January 12, 2012
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA BAGI AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BAGI TAHUN 2010
PEJABAT TANAH DAN GALIAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI TENGAH, PEJABAT DAERAH DAN TANAH DAERAH BARAT DAYA
– Pengurusan Lesen Pendudukan Sementara
• Pengauditan yang dijalankan mulai pada bulan Ogos hingga November 2010 mendapati keseluruhannya pengurusan LPS perlu dipertingkatkan kerana terdapat beberapa kelemahan
• Kelewatan meluluskan permohonan iaitu sebanyak 28 kes telah mengambil masa antara 3 dan 6 bulan. Manakala 96 kes lagi telah mengambil masa melebihi 6 bulan.
• Kes pendudukan tanah Kerajaan/rizab tanpa kebenaran sebanyak 8 kes dan pelanggaran syarat LPS sebanyak 9 kes turut memberi kesan kepada pengurusan LPS.
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
– Pengurusan Perumahan Kos Rendah
• Kelewatan memberi kelulusan oleh Pejabat bagi 141,497 pemohon rumah KR dan 4,146 pemohon bagi rumah PPR setakat 31 Disember 2010.
• Aspek kutipan tunggakan berjumlah RM0.85 juta dari hasil sewa, RM5.97 juta dari sewa beli dan RM4.95 juta dari yuran penyenggaraan memerlukan tindakan segera bagi mengurangkan jumlah tunggakan sedia ada.
• Akibat daripada tunggakan tersebut, penyelenggaraan rumah kurang dilaksanakan dan berlaku penyusutan baki akaun Kumpulan Wang Penyelenggaraan dari RM2.65 juta pada awal tahun 2008 kepada RM0.78 juta pada akhir tahun 2010.
• Kesilapan mengakaunkan semua hasil kutipan sewa kepada Kumpulan Wang Penyelenggaraan berjumlah RM4.94 juta dan perlu diselaraskan segera.
JABATAN KERJA RAYA NEGERI PULAU PINANG
– Penyenggaraan Jalan Negeri
• Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM14.32 juta bagi projek penyenggaraan jalan Negeri dengan sejumlah RM13.94 juta atau 97.34% telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut.
• JKR juga telah menerima pemberian daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM130.96 juta berdasarkan Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
• Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM120.78 juta telah diagihkan kepada JKR Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan kerja penyenggaraan jalan Negeri.
• Peruntukan yang terhad menyebabkan projek yang sepatutnya diutamakan tidak dapat dilaksanakan
• JKR juga tidak menetapkan kriteria khusus bagi pemilihan jalan yang akan disenggarakan.
• Longkang yang dibina di Jalan Sungai Lembu tidak dapat berfungsi dengan baik kerana pembinaan longkang dibuat tanpa mengambil kira masalah hakisan tebing yang berlaku di kawasan projek.
• Projek pelebaran jalan Raja Uda tidak mencapai matlamatnya kerana projek tersebut tidak dijalankan mengikut pelan/rancangan asal projek.
• Tidak menyelenggarakan rekod penyenggaraan jalan dengan lengkap dan kemas kini.
MAJLIS SUKAN NEGERI PULAU PINANG
– Kemudahan Peralatan Sukan
• Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, Majlis telah membelanjakan sejumlah RM0.93 juta bagi program latihan, kemudahan latihan, pembelian peralatan dan penyenggaraan peralatan sukan.
• Majlis tidak dapat menyediakan kemudahan sukan yang berkualiti untuk menjana atlet yang berpotensi kerana tiada peruntukan yang mencukupi untuk membina pusat latihan dan memperoleh peralatan sukan yang baru.
• Bangunan pusat latihan yang dibina terbiar tidak digunakan.
• Peralatan yang sedia ada tidak diselenggara dengan baik dan rekod aset juga tidak dikemas kini. Malahan peralatan menembak dan perahu layar optimist yang dibeli bernilai RM92,015 tidak dapat dikesan.
MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
– Projek Landskap Di Bawah Pakej Rancangan Ekonomi (PRE)
• Pengauditan yang dijalankan mendapati ada beberapa kelemahan daripada pelaksanaan projek yang wajar dipertingkatkan oleh Majlis terutamanya pemantauan terhadap prestasi kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor.
• Berlaku kecacatan pada kerja-kerja yang disiapkan.
• Kerja dilaksanakan tidak mengikut spesifikasi kontrak.
• Kerja penyenggaraan tidak dilaksanakan dengan sempurna.
JABATAN PERHUTANAN PULAU PINANG
– Pengurusan Hutan Paya Laut Dan Kepentingannya Kepada Alam Sekitar
• Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, sejumlah RM0.86 juta telah dibelanjakan
bagi program tersebut.
• Lokasi penanaman yang tidak sesuai.
• Kawasan cadangan pewartaan Hutan Simpan Kekal dan Zon Industri Akuakultur adalah sama.
• Sasaran keluasan penanaman tidak tercapai.
• Kelewatan pewartaan Hutan Paya Laut sebagai Hutan Simpan Kekal dan tidak dilakukan penggantian kawasan yang dikeluarkan dari Hutan Simpan Kekal.
• Kekurangan kempen kesedaran dan kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan bagi kerja penanaman pokok bakau.
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI, JABATAN KERJA RAYA, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM DAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI PULAU PINANG
– Pengurusan Emolumen Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang
• Bayaran emolumen di 5 Jabatan yang dipilih bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010 terlebih dibayar berjumlah RM109,170 melibatkan 37 orang penjawat awam.
• Sejumlah RM13,544 emolumen telah terkurang dibayar kepada 13 orang penjawat awam.
• Selepas teguran Audit, tindakan segera telah diambil oleh Jabatan berkenaan dan hingga kini baki jumlah terlebih bayar dan terkurang bayar yang masih memerlukan tindakan lanjut masing-masing menjadi RM21,726 dan RM1,719.
• Lima jabatan yang dipilih tersebut, terdapat 104 orang penjawat awam yang menerima pendapatan bersih kurang 40% daripada jumlah emolumen bulanan.
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
– Usaha Tarbiah Sdn. Bhd.
• Pada keseluruhannya, prestasi UTSB kurang memuaskan. Kedudukan kewangan UTSB adalah tidak kukuh kerana pada tahun 2009, UTSB telah mencatatkan kerugian berjumlah RM322,640 berbanding kerugian berjumlah RM229,646 pada tahun 2008.
• Pendapatan operasi telah menurun dengan ketara daripada RM1.32 juta pada tahun 2008 kepada RM1.17 juta pada tahun 2009.
• Aspek pengurusan aktiviti yang perlu dipertingkatkan seperti perancangan strategic yang tidak berkesan, tunggakan yuran pengajian berjumlah RM544,174 dan kemudahan asrama yang tidak disenggara dengan baik.
• Tiada tanda pengenalan hak milik dicatatkan pada aset dan tiada bukti pemeriksaan pernah dijalankan ke atas aset-aset milik UTSB.
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
– PDC Events & Advertising Sdn. Bhd.
• Bayaran sewaan tapak pengiklanan terkurang diterima
• Papan iklan dibina sebelum mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
• Deposit sekuriti tidak dikenakan kepada syarikat yang menyewa tapak pengiklanan.
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
– PDC Consultancy Sdn. Bhd.
• Pemantauan projek dan kutipan yuran profesional yang tertunggak berjumlah RM13.83 juta untuk 110 projek yang telah dilaksanakan bagi tempoh tahun 2008 hingga bulan September 2010.
• Tunggakan hutang perniagaan berjumlah RM713,926, hutang pelbagai berjumlah RM419,884 dan hutang terakru oleh anak-anak syarikat terdahulu yang berjumlah RM1.02 juta masih belum dikutip.
PENCAPAIAN MELAKA LEBIH HEBAT DARI KELANTAN
Posted by darahtuah in Ekonomi, Isu sosial, Politik on January 11, 2012
YAB Dato’ Nik Aziz telah memerintah Kelantan selama 22 tahun; sejak tahun 1990. YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam pula memimpin Melaka hanyalah 12 tahun; sejak 2 Disember 1999. Namun didapati Melaka, yang terhad dari segi sumber alam seperti tanah yang lebar dan hutan dara yang luas, jauh lebih maju dan berjaya.
Kejayaan itu pula dapat dinikmati oleh seluruh rakyatnya; bukan kroni UMNO/BN semata-semata, sepertimana yang sering ditomahkan oleh pihak tertentu.
Kejayaan yang dimaksudkan itu bersandarkan sebakul raga 6 indikator (a basket of 6 indicators).
Pertama sekali, Melaka mencatatkan nilai ekonomi (GDP) sebanyak RM15.3 bilion pada tahun 2010, jauh lebih tinggi (56%) dari nilai GDP Kelantan yang bernilai hanyalah RM9.8 bilion!
Kedua, mengambil kira saiz penduduk negeri masing-masing pula, maka GDP Per Kapita Melaka adalah bernilai RM18,672 / seorang; melonjak hampir 3 kali ganda lebih tinggi dari GDP Per Kapita Kelantan yang sekadar RM6,339/seorang.
Ketiga, kejayaan tersebut mampu dicapai kerana kecekapan dan dinamisma Ali Rustam dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan keseluruhan pembangunan Melaka. Manifestasi hakikat ini dapat dilihat melalui pertumbuhan ekonomi Melaka yang kukuh iaitu sebanyak 7.0% (2010) berbanding pertumbuhan yang lebih rendah di Kelantan (5.1%); hanyalah 73% daripada pencapaian Melaka.
Seterusnya, keempat, pertumbuhan GDP yang manatap dan GDP Per Kapita yang tinggi itu berjaya dinikmati oleh rakyat Melaka melalui pendapatan purata bulanan isi rumah yang mantap – RM4,184 sebulan. Pendapatan tersebut jauh lebih tinggi (+65%) dari apa yang dinikamti oleh rakyat Kelantan – hanyalah RM2,536 sebulan.
Kelima, pendapatan isi rumah yang tinggi itu pula berjaya diagihkan kepada majoriti rakyat Melaka; hinggakan hampir tidak ada lagi isi rumah miskin (0.5%) di negeri bertuah ini pada tahun 2009. Kadar kemiskinan di Melaka bukan saja terendah di seluruh Malaysia malah ianya terendah di kalangan 33 buah negara maju OECD (Organization for Economic Cooperation and Development). Kemiskinan di Kelantan pula masih meluas (4.8%); hampir 10 kali ganda lebih tinggi dari Melaka.
Pendapatan isi rumah yang tinggi dan kadar kemiskinan yang rendah adalah kerana peluang pekerjaan yang banyak ekoran dari hasil aktiviti ekonomi yang rancak. Justeru, keenam, kadar pengangguran amatlah rendah (ST3/2011 = 0.7%); hampir tidak ada yang menganggur! Kadar tersebut, seperti kadar kemiskinan, bukan saja terendah di Malaysia bahkan juga terendah di kalangan anggota OECD!
Natijahnya, Melaka jauh lebih maju dari Kelantan kerana kerajaan negeri di bawah kepimpinan UMNO/BN jauh lebih bijak dan dinamik dari kepiminan PAS di Kelantan. Lebih penting lagi, Kerajaan BN Negeri Melaka adalah adil dan saksama kerana hasil kejayaan itu diagih-agihkan dan dapat dinikmati oleh semua rakyatnya.
Dalilnya, hampir tiada orang miskin dan penganggur di Melaka; malah orang luar, termasuklah warganegara asing dan rakyat Kelantan, turut tumpang berteduh di Melaka!
Bersyukurlah.
DATUK SERI ALI RUSTAM JUARA RAKYAT; PEMBANGUNAN TERANGKUM & BERIMBANG.
TAHNIAH & SELAMAT MERAIKAN TAHUN KE-12 SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA, YAB DATUK SERI! SEMOGA TERUS GIGIH MELAKSANAKAN AMANAH INI DAN DIBERKATI OLEH SWT. AMIN.
YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka sejak 2 Disember 1999. Dalam tempoh dua belas tahun itu, mercu tanda kejayaan gemilang pentadbiran beliau ialah Melaka melonjak mencapai taraf Negeri Maju. Beliau boleh dinobatkan sebagai Arkitek Pembangunan Melaka!
Taraf tersebut telah diisytiharkan dalam suasana gilang gemilang oleh YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia tepat jam 20:10 20/10/2010 di hadapan kira-kira 50 puluh ribu penduduk Melaka dan disaksikan pula wakil OECD, Jon Hall serta berjuta rakyat Malaysia melalui TV.
Makna Maju
Apa maknanya taraf negeri maju kepada penganalisa ekonomi pembangunan dan kepada rakyat biasa?
Bagi penganalaisa ekonomi pembangunan, sekurang-kurangnya dari satu aspek, Melaka mestilah telah memenuhi 2 kriteria yang kritikal – indikator kuantitatif dan indikator kualitatif.
Pertama, berdasarkan sekumpulan indikator kuantitatif yang diiktiraf / dipersetujui oleh badan antarabangsa yang berwibawa, Melaka telah mencapai penanda aras (benchmarks) tertentu. Kedua, majoriti penduduk Melaka sendiri merasakan dan berpendapat bahawa negeri Melaka sesungguhnya telah maju (indikator kualitatif).
Berdasarkan 32 indikator kuantitatif yang disusun dan dipersetujui bersama dengan OECD yang beribu pejabat di Paris, 29 atau 90.6% daripadanya telah mencapai tahap minima kemajuan 33 buah negara anggota OECD. Menggunakan bahasa Mohd Ali Rustam, “Melaka telah lulus ijazah kelas dua bawah”. Kumpulan indikator itu merangkumi aspek ekonomi, sosial, alam sekitar dan pentadbiran.
7 daripada 32 indikator tersebut pula telah mengatasi tahap kemajuan negara-negara OECD – bekalan air bersih (100%), bekalan letrik (100%), kadar pengangguran terendah (2.4%), kadar kemiskinan terendah (0.5%), kadar jenayah terendah (678.5 per 100,000), peratus sumbangan terbesar sektor pembuatan kepada ekonomi (47.9%) dan pertumbuhan penduduk terbaik (2.1%).
Dari segi pendapat / persepsi penduduk Melaka pula, berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh UiTM Cawangan Melaka, sebanyak 81.5% berpendapat Melaka telah maju. Sesungguhnya pandangan majoriti itu amatlah besar!
Signifikasi dua keputusan tersebut ialah kedua-duanya saling memperkukukhan (reinforcing) antara satu sama lain. Justru kedua-dua keputusan itu adalah kredible. Maka pengiktirafan dan pengisytiharan Melaka telah mencapai tahap negeri maju adalah SAH!
Mengapa penduduk Melaka berpendapat dan merasakan Melaka telah maju? Tentunya kerana mereka telah turut dapat menikmati HASIL (bukan sekadar janji retorik) komitmen beliau dalam meningkatkan taraf kesejahteraan hidup rakyat, khususnya membela golongan miskin, di samping menjana pertumbuhan ekonomi Melaka.
Hasil / Outcome
Apakah hasil / outcome kemajuan itu? Kegigihan usaha beliau menyempurnakan tanggungjawab mencapai tahap negeri maju telah memberikan manfaat besar kepada rakyat. Manfaat tersebut, dalam bahasa kontemperori, ialah socio-economic environmental outcome mix seperti berikut:
• Keamanan dan keselamatan [kadar jenayah menurun dari 744.0 per 100,000 penduduk (2008) kepada 678.5 per 100,000 (2010)],
• Perpaduan dan keharmonian kaum [sifar rusuhan kaum],
• Kebebasan bersuara dan beragama [sifar saman / litigasi oleh kerajaan],
• Kualiti hidup yang meningkat [2000, jangka hayat lelaki = 68.9 tahun; perempuan = 73.8 tahun. 2009, jangka hayat lelaki = 70.2 tahun; perempuan = 75.7 tahun].
• Pertumbuhan ekonomi yang pesat [2010 = 7.0%],
• Peluang pekerjaan yang banyak / kadar pengangguran yang rendah (ST2/2011 = 0.7%],
• Pendapatan isi rumah bertambah [purata pendapatan bulanan isi rumah telah melonjak 85% antara tahun 1999 (RM2,260) dan 2009 (RM4,184)],
• Kadar kemiskinan menurun / hampir sifar [1999 = 5.7%; 2009 = 0.5%],
• Jurang pendapatan mengecil [mengencil 21.3% antara 1999 & 2009],
• Kadar inflasi di tahap sederhana [purata 10 bulan pertama 2011 = 2.9%),
• Hasil kerajaan (revenue) mengukuh [melonjak 133%, dari RM152.59 juta pada tahun 2000 kepada RM355.91juta juta pada tahun 2010], dan
• Pembangunan mampan [pelepasan per kapita CO2 (CO2 emission per capita) adalah ditahap yang lebih rendah (6.7 tan metrik) berbanding purata OECD (9.5 tan metrik)].
Dalam kata-kata lain, selama 12 tahun yang lalu, beliau turut melaksanakan strategi KETERANGKUMAN melalui pendekatan pembangunan berimbang untuk memastikan semua rakyat, termasuk semua kaum dan orang miskin, tidak terpinggir dari arus pembangunan ke arah merealisasikan Visi Melaka Maju menjelang 2010 yang lalu.
Sebagai contoh, semua kaum dibela kerana pendapatan masing-masing meningkat dalam tempoh 1999 – 2009; pendapatan Bumiputera melonjak 118%, Cina melompat 58% dan India menokok 16%! Yang demikian, dalam tempoh yang sama, jurang pendapatan antara kaum dan antara luar bandar / bandar telah turut mengecil. Misalnya, jurang pendapatan antara luar bandar / bandar telah menegcil sebanyak 21.3% dalam tempoh yang sama itu.
Sebagai bukti bahawa sesungguhnya pendapatan penduduk Melaka telah mengukuh ialah bilangan kereta dan motosikal baru telah melonjak 41%, dari 29 buah bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2000 kepada 41 buah bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2010.
Bagi ekonomi orang Islam pula, kejayaan Datuk Seri itu dapat dilihat melalui kutipan zakat Melaka yang terus meningkat. Kutipan zakat melonjak 14.1% pada tahun 2009 (RM30.7 juta) berbanding 2008 (RM26.9 juta). Pada tahun 2010 pula, ia mengukuh 10.7% dengan kutipan sebanyak RM34 juta berbanding tahun 2009 manakala bilangan pembayar zakat pula bertambah 9.6% (+2,353 orang) kepada 26,947 orang.
Dalam pada itu, kita tidak sewajarnya take for granted seolah-olah kemajuan berkenaan boleh terhasil/terjadi dengan mudah. Ianya bukanlah Kun fayakun!
Strategi Serampang Dua Mata
Keberkesanan usaha beliau terletak pada kekuatan strategi serampang dua mata. Pertama, inisiatif makro yang merangsang pertumbuhan ekonomi, merancakkan aktiviti perniagaan, mengawal inflasi di tahap yang sederhana (2010 = 1.9%) dan menambah peluang pekerjaaan sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh sepanjang dua belas tahun yang lalu.
Melaka berjaya mencatatkan kadar pengangguran terendah di Malaysia pada tahun 2000 dan 2001, 2004 – 2006, 2008 – ST2 2011. Sekalipun Melaka turut menerima tempias tsunami ekonomi dunia, namun kadar pengangguran hanya pada tahap 0.7% pada suku kedua 2011; bermakna kita terus menikmati guna tenaga penuh sedangkan kadar pengangguran, misalnya, di Amerika Syarikat meningkat kepada 9.2% dan di Sepanyol pula melonjak kepada 21.9%!.
Sekali lagi kita boleh berbangga bahawa kadar pengangguran di Melaka pada tahun 2011 bukan sahaja terendah di Malaysia malah juga terendah di kalangan 33 buah negara OECD.
Kedua, inisiatif mikro iaitu menumpukan secara khusus kepada kumpulan sasar (orang miskin/kurang bernasib baik). Pendekatan ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya keterpinggiran, ketirisan dan keciciran. Sebagai contoh, bagi tempoh 2001 – 2010, beliau telah mengeluarkan peruntukan hampir RM560.96 juta untuk:
• membina baru/membaiki rumah rakyat termiskin sebanyak 5,792 buah dengan kos RM55.37 juta,
• membantu fakir miskin melalui MAIM sebanyak RM70.48 juta,
• membantu mereka yang susah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Amanah Kebajikan sebanyak RM304.53 juta, dan
• memberi biasiswa/pinjaman/bantuan pendidikan berjumlah RM130.58 juta.
Lakaran kejayaan cemerlang di atas sekali gus membuktikan bahawa Datuk Seri, melalui strategi keterangkuman dan pendekatan pembangunan berimbang, telah berjaya menguruskan ekonomi negeri dengan cemerlangnya, merangkumi semua kaum, termasuk ekonomi orang Islam serta mampu membela nasib rakyat golongan bawahan dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Visi Baru
Kini beliau telah mengungkapkan visi yang baru pula – Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau – dengan iringan ikrar dan komitmen untuk terus membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, mengekalkan kestabilan politik, mengekalkan keharmonian sosial, meningkatkan kebajikan, kesejahteraan dan taraf hidup rakyat serta menyediakan peluang dan kemudahan yang lebih baik.
Blueprint visi ini telahpun dilancarkan pada 22 November 2011 lalu.
Beliau akan terus meningkat dan memantapkan lagi tanggungjawab untuk menghasilkan 12 socio-economic environmental outcome mix yang sama itu. Outcome tersebut akan dihasilkan dengan memberikan tumpuan kepada 3 objektif utama dan dipandu pula 7 program transformasi terkini.
3 objektif utama itu, seperti yang digariskan dalam Blueprint MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU 2011 – 2020, ialah:
• Meningkatkan pencapaian negeri maju (developed state),
• Memperkukuhkan status negeri bandar (city state), dan
• Memantapkan status negeri mampan menerusi penggunaan teknologi dan amalan hijau (green techonolgy state).
7 program transformasi pula ialah:
• 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
• Program Transformasi Kerajaan (GTP)
• Program Transformasi Ekonomi (ETP) / Model Baru Ekonomi (MBE)
• Program Transformasi Luar Bandar (RTP)
• Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
• Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA)
• Teknologi Hijau
Sekali lagi beliau akan memberi perhatian khas untuk “merakyatkan” teknologi hijau bagi mempastikan semua lapisan rakyat dapat menikmati faedah dari hasil penggunaannya. Sebagai contoh, pendapatan pekebun kecil, petani, penternak, nelayan, pengusaha EKS dan peniaga kecil dijangka akan melonjak hasil penggunaan teknologi hijau itu.
Nampaknya beliau telah berjaya merealisasikan ayat suci ini dan terus komited untuk menjayakannya:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) – maksud firman Allah dalam Surah Al Baqarah, Ayat 215.
Syukur alhamdullillah.
AGIHAN RM500 – SATU BOM JANGKA???
Meringankan Kos Sara Hidup
1. Melalui ucapan Bajet 2012, YAB DSN / MK1 telah mengumumkan, apa yang kini disebut dengan popular, 100 touch points. Antara touch points yang banyak itu ialah pemberian RM500 sekali sahaja atau secara one-off kepada semua ISI RUMAH yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah sebulan – untuk warganegara yang berpendapatan sederhana dan rendah.
2. Bersama dengan prakarsa yang lain seperti pemberian RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tahun 5 dan baucer buku bernilai RM200 kepada semua pelajar matrikulasi, Tingkatan 6 dan pelajar IPT, tujuan utama pemberian ini ialah untuk meringankan kos sara hidup. Tujuan tersebut adalah murni dan sudah tentu ianya mendapat sokongan ramai.
3. Pemberian RM500 itu akan memberi manfaat kepada 3.4 juta isi rumah atau 53% daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia. Ia memerlukan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion.
4. Pemberian RM100 dan RM200 itu pula masing-masing akan melibatkan peruntukan sebanyak RM530 juta bagi seramai 5.3 juta pelajar dan RM260 juta bagi 1.3 juta penuntut. Pemberian ini agak mudah dilaksanakan manakala pemberian RM500 itu pula akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang agak rumit / kompleks dan boleh ‘meletup’!
Cabaran
5. Cabaran pertama ialah isu infra LHDN. Ia hanya mempunyai kira-kira 40 buah cawangan di seluruh negara berbanding beribu sekolah dan beribu balai polis di merata kampong / pekan kecil. Dalam rekodnya pula hanyalah kira-kira 1.5 juta pembayar cukai berbanding 3.4 juta isi rumah (127%) yang hendak diberi sumbangan. Daripada mana LHDN hendak mendapatkan baki rekod lebih 2.0 juta isi rumah itu?
6. Mungkin LHDN menunggu mereka itu datang untuk membuat tuntutan di cawangan-cawangannya setelah dihebahkan melalui pelbagai saluran. Mungkin ramai yang membaca / mendengar / menonton tetapi dijangka ramai juga di kalangan orang miskin dan paling memerlukan RM500 itu tidak akan tahu berita baik ini.
7. Jika tahu pun berita tersebut, mereka tidak tahu di mana letaknya cawangan LHDN ini. Misalnya, ramai tidak tahu di mana letaknya pejabat LHDN Cawangan Melaka.
8. Jika tahupun di mana cawangan LHDN, mereka menghadapi kesulitan untuk ke sana seperti mereka yang tinggal di pendalaman Kg Bantal (Pahang), di Long Pasia (Sabah) dan di Belaga, Sarawak. Inilah cabaran kedua! Rasa kesian saya kepada mereka ini dan simpati saya kepada LHDN.
9. Cabaran ketiga pula ialah definisi / kefahaman tentang konsep “isi rumah” itu sendiri. Ramai juga yang beranggapan isi rumah dan keluarga itu sama maksudnya. Isi rumah adalah terma teknikal yang boleh meliputi ahli keluarga dan bukan ahli keluarga. Takrifnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS), seperti berikut:
Isi rumah ialah “sesaorang atau beberapa orang yang membuat peraturan secara individu atau kumpulan bagi persedian untuk makan atau keperluan lain untuk hidup”.
Sebuah isirumah boleh dikelaskan kepada dua jenis yang asas: iaitu isi rumah persaorangan atau isi rumah beramai-ramai.
Isi rumah perseorangan didefinasikan sebagai “seorang yang tinggal bersendirian” di dalam sebahagian atau keseluruhan tempat kediaman.
Isirumah beramai-ramai didefinasikan sebagai “adalah sekumpulan dua atau lebih yang berkongsi mendiami sebahagian atau keseluruhan tempat kediaman dan secara bersama menyediakan makanan dan keperluan lain untuk hidup”.
Sebagai tambahan, apa pula maksud tempat kediaman (TK)?
TK, menurut DOS, ialah struktur yang terasing dan bebas serta dibina untuk tujuan kediaman tetap atau sementara. Ciri-ciri penting tempat kediaman ialah bebas dan terasing. Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen, atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh papan atau konkrit (seperti di estet-estet), gua, rumah bot.
10. Definis isi rumah di atas memberikan 3 senario utama:
10.1 seorang / sebuah isi rumah dalam sebuah TK (biasanya warga emas);
10.2 lebih seorang dalam sebuah isi rumah (contohnya keluarga asas / keluarga luas / keluarga komposit); dan
10.3 banyak isi rumah dalam sebuah TK (biasanya pelajar IPT dan pekerja kilang).
11. Diberikan contoh layak mendapat RM500 ini. Katakan dalam sebuah isi rumah itu terdapat 5 orang; 3 daripadanya bekerja dan mempunyai jumlah (combined) pendapatan RM2,900 sebulan. Maka isi rumah tersebut layak mendapat RM500 tersebut.
12. Dalam pada itu, berdasarkan definisi isi rumah yang sama, jika seorang anak hartawan atau anak menteri atau anak raja yang kaya sedang belajar di sebuah IPT dan duduk menyewa rumah dengan kawan-kawan di bawah konsep 10.3 di atas dan ia menerima wang saku bulanan daripada ayahnya sebanyak RM3,000 maka anak tersebut layak menerima pemberian RM500 itu. Agaknya apakah reaksi masyarakat? Suka? Marah?
13. Cabaran keempat ialah definisi pendapatan isi rumah. Ini juga terma teknikal. Kefahaman biasa ialah pendapatan daripada gaji atau perniagaan. Sebenarnya ia merangkumi lebih dari itu.
14. Pendapatan isi rumah ialah jumlah pendapatan dalam bentuk wang tunai dan/atau mata benda yang berlaku berulang kali dan terakru kepada ahli isi rumah dalam jangka masa setahun atau lebih kerap daripada setahun.
15. Maklumat pendapatan diperoleh daripada ahli isi rumah yang menerima pendapatan. Punca utama pendapatan merangkumi:-
15.1 penerimaan daripada pekerjaan bergaji (termasuk upah dan gaji, elaun tunai, bonus, komisen, bayaran kerja lebih masa, makanan percuma, tempat menginap percuma atau konsesi, barang pengguna percuma atau konsesi, bayaran berupa mata benda dan pencaruman majikan kepada KWSP/PERKESO);
15.2 pendapatan daripada bekerja sendiri (termasuk nilai barang yang dikeluarkan di rumah untuk kegunaan sendiri);
15.3 pendapatan daripada harta benda (termasuk royalti, sewaan, faedah dan dividen);
15.4 penerimaan pindahan semasa (termasuk penerimaan wang daripada isi rumah lain, bayaran nafkah, biasiswa, felowsip, pencen, pembayaran berkala daripada harta pusaka atau tabung amanah dan hadiah berupa wang tunai atau mata benda yang diterima); dan
15.5 lain-lain pendapatan (termasuk sewa dinilai bagi rumah diduduki oleh pemilik).
16. Kefahaman tentang definisi pendapatan isi rumah ini boleh menjadi punca cabaran / masalah yang tersendiri. Saya yakin ramai tidak mempunyai kefahaman seperti ini, termasuklah pegawai LHDN yang akan ditugaskan untuk membuat penilaian sebelum keputusan boleh dibuat bagi menentukan sesebuah isi rumah itu layak atau tidak menerima pemberian RM500 tersebut.
17. Masalah utama yang akan berlaku ialah underestimating pendapatan sendiri kerana secara jujur mereka tidak faham konsep pendapatan di atas secara tepat dan lengkap, selain terdapat juga usaha sengaja hendak ‘menyorokkan’ pendapatan masing-masing.
18. Ambil contoh seorang pegawai di sektor swasta yang mendapat gaji sebanyak RM2,500 sebulan. Dia tentu sudah berangan-angan akan mendapat RM500 itu sebab dia ‘terlupa’ bahawa majikannya ada membayar KWSP untuknya sebayak RM300 sebulan (15.1). Dia pula tinggal di rumah sendiri dan katakanlah ‘imputed rent’nya sebanyak RM300 sebulan (15.5).
19. Ini bermakna pendapatan bulanan isi rumahnya (jika dia bekerja seorang saja) ialah sebanyak RM3,100 (RM2,500 + RM300 + RM300). Jumlah ini belum lagi mengambil kira jika ia makan sayur hasil tanaman sendiri (15.2) dan menerima sumbangan bulanan daripada anak-anak yang telah bekerja dan tinggal di rumah lain (15.4).
20. Maka ia didapati TIDAK layak tetapi dia telah menaruk harapan yang tinggi serta berangan-angan apa hendak dibuat dengan durian runtuh sebanyak RM500 itu. Bayangkanlah kehampaannya dan kesedihan anak isterinya!
21. Cabaran / masalah kefahaman berbeza tentang konsep isi rumah dan pendapatan isi rumah ini akan menjadikan pemberian tersebut menerima nasib yang sama seperti skim SUBUR yang sudah menjadi tidak subur; malah begitu senyap dan sepi sekali sedangkan golongan miskin terus menuggu seolah-olah menunggu buah yang tak akan jatuh!
22. Tetapi isu pemberian RM500 ini akan menjadi lebih hangat lagi. Ia kini menjadi bom jangka yang boleh meletup jika tidak diselesaikan segera dengan saksama. Ia pasti akan menjadi bahan kempen parti pembangkang menjelang PRU ke-13 nanti.
Syor
23. Untuk mendepani cabaran-cabaran yang dijangkakan di atas, maka disyorkan tindakan berikut:
23.1 Lebih sesuai tugas yang diberikan kepada LHDN itu diserahkan kepada DOS kerana:
(a) ia memahami konsep isi rumah dan pendapatan isi rumah yang merupakan bread and butternya;
(b) DOS mempunyai staf yang terlatih untuk memungut data berkenaan melalui pelbagai surveys seperti Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah, Penyaiasatan Perbelanjaan Isi Rumah, Penyiasatan Tenaga Buruh dan Banci Penduduk; dan
(c) DOS mempunyai rekod mengenai senarai isi rumah dan peta blok penghitungan yang menunjukkan taburan TK dan isi rumah.
Dalam pada itu, isu kos pemungutan maklumat oleh DOS perlulah dihalusi kerana ianya agak tinggi.
23.2 JANGAN melakukan kesilapan yang sama iaitu menyerahkan urusan memungut data isi rumah dan pendapatan isi rumah kepada Pejabat Daerah, pengululu dan JKKK. Jika diserahkan juga maka kesilapan / kelemahan / masalah E-Kasih dan Skim SUBUR akan berulang.
23.3 Kerana masalah lojistik dan teknikal serta undang-undang (antaranya, DOS tidak boleh memberikan maklumat individu kerana tertakluk kepada Akta Perangkaan 1965) yang menimbulkan pula pelbagai masalah lain maka lebih mudah pemberian itu diberikan secara per kapita, misalnya, kepada setiap rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2012.
Kadar yang ditetapkan lebih rendah sedikit, misalnya, RM100 seorang.
Terdapat kira-kira 15.4 juta warganegara dalam kohort tersebut; maka peruntukan yang diperlukan lebih kurang RM1.5 bilion.
Pemberian secara per kapita ini dan tanpa mengambil kira pendapatan masing-masing adalah lebih mudah sebab ianya tidak melibatkan definisi yang sukar diterjemahkan dan tidak melibatkan kos untuk memungut maklumatnya.
Ia juga lebih adil berbanding penggunaan konsep isi rumah sebab seorang dalam isi rumah (one-person household) mendapat RM500 iaitu sama banyak dengan, misalnya, 5 orang dalam sebuah isi rumah (5-person household) yang juga mendapat RM500 atau hanyalah RM100 seorang.
Dengan mengemukakan kad pengenalan, masing-masing boleh membuat tuntutan di BSN dan Pejabat Pos yang dibantu pula oleh JPN. Amatlah mudah.
Bagi masyarakat pendalaman, Pejabat Pos Bergerak boleh digerakkan.
Bagi yang sakit terlantar / OKU dan sebagainya, tuntutan boleh dibuat oleh ahli keluarga dengan pengesahan Ketua Kampong.
24. Dikemukakan kepada kerajaan untuk menimbangkannya.
GAJI YAB PM WAJAR DIPOTONG???
1. Pihak pembangkang menyedari bahawa populariti dan keyakinan rakyat terhadap pakatannya telah semakin terhakis dan goyah. Malah sayang sudah bertukar benci. Maka peluang mereka ke Putrajaya semakin nipis.
2. Berbeza dengan BN di mana sokongan rakyat telah jelas kembali; keyakinan masyarakat antarabangsa serta para pelabur luar negara dan dalam negara telah mengukuh.
3. Untuk menarik semula perhatian rakyat maka pihak pembangkang membuat helah dengan mengemukakan usul di Dewan Rakyat pada 2 November 2011 untuk memotong sebulan gaji YAB PM, DSN. Kononnya atas alasan kelemahan-kelemahan beliau; khabarnya lebih 25 alasan diberikan; kebanyaknnya retorik politik.
4. Saya hanya ingin menumpukan kepada 3 isu utama (a) isu hutang Kerajaan Persekutuan, (b) inflasi dan (c) kelemahan yang didedahkan dalam Laporan Audit.
5. Hutang Kerajaan Persekutuan RM437.2 Bilion
Hutang ini wajar dan sihat dari segi ekonomi kerana:
5.1 ianya bagi tujuan pembangunan yang diperlukan oleh rakyat, memajukan negara dan menjana pendapatan; bukan tujuan consumption;
5.2 daripada RM437.2 bilion itu, hanya 3.7% adalah hutang luar negara; maka wang yang mengalir keluar amatlah kecil; misalnya external debt service ratio cuma 0.9%;
5.3 pinjaman ini memberi pulangan yang terjamin kepada bond holders, pencarum KWSP dll;
5.4 ianya mampu dibayar oleh kerajaan; rezab antarabangsa = RM427.9 Bilion – boleh cover hampir semua hutang kerajaan Persekutuan.
5.5 tahap hutang as a percentage of GPD masih rendah (53%) berbanding negara-negara lain seperti USA = 90%; Singpaura = 98% dan Jepun = 200%!
6. Inflasi
6.1 Kadar inflasi pada bulan September = 3.4%; sudah dapat dijinakkan berbanding pada bulan Jun = 3.5%;
6.2 Global trend inflasi adalah arah ala menaik kerana kekurangan / ketidak tentuan bekalan dan tekanan permintaan;
6.3 Tahap ini jauh lebih rendah berbanding keadaan Malaysia pada tahun 2008 – tertinggi 8.5% (Ogos)
6.4 Tahap ini juga jauh lebih rendah berbanding masa kini, misalnya, di India (10.1%), China (6.1%), Singapura (5.5%) dan UK (5.2%).
7. Laporan audit
7.1 Ketirisan dan korupsi berlaku juga di bawah pentadbiran kerajaan PR seperti yang dilaporkan dalam laporan audit kerajaan negeri masing-masing. Contoh:
a) Kedah
• Penyelewengan dalam pengeluaran kawasan Hutan Simpan Kekal, bakau dan hutan paya laut;
• Pengurusan PTG Kedah, Pejabat Daerah & Tanah Langkawi dan Padang Terap KURANG memuaskan;
• Pengurusan Yayasan Bina Sdn Bhd (anak syarikat Yayasan Islam Negeri Kedah) dan Amanah Saham Kedah Bhd TIDAK memuaskan.
b) Kelantan
• Ketidak-cekapan dalam menguruskan projek RMKe-9 kerana hanya 42.1% sahaja dapat disiapkan; ia sudah tentu merugikan rakyat;
• gagal dalam menjaga kebajikan rakyat miskin kerana 7 projek Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) di bawah RMKe-9) gagal disiapkan (43.8%);
• menambahkan beban hutang sebanyak 11.9% apabila jumlahnya meningkat kepada RM1,112 juta (2010) berbanding RM993.75 juta pada tahun 2009;
• ketidak-cekapan dalam memungut (a) tunggakan ansuran sewa beli dan sewa rumah yang kini berjumlah RM9.40 juta pada tahun 2010 dan (b) seramai 56 pembeli belum menjelaskan bayaran pembelian rumah bernilai RM2.45 juta walaupun rumah tersebut telah diduduki/diserah kunci melebihi setahun.
c) Selangor
• Ketidak-cekapan dalam menjana pendapatan kerajaan negeri yang menurun 10.9 peratus;
• Ketidak-cekapan dalam menguruskan projek RMKe-9 kerana hanya 64.5% sahaja dapat disiapkan; ia sudah tentu merugikan rakyat;
• Kemalasan dan kecuaian Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Selangor kerana tidak membincangkan perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan jabatan atau agensi bagi tahun 2009; yang demikian segala kelemahan tidak diatasi dan sudah tentu, sekali lagi, merugikan rakyat; dan
• Kebodohoan dan ketirisan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) yang mencatatkan kerugian sebanyak RM122 juta pada tahun 2009 dan Kumpulan Peransang Selangor Berhad yang juga mencatatkan kerugian berjumlah RM139.23 juta.
Justru tuduhan pihak PR umpama “mengata dulang paku serpih” dan “periuk kata belanga hitam”!
7.2 DSN akui kelemahan dan ketirisan ini; itu sebab beliau memperkenalkan pelbagai program transformasi – GTP, ETP, PTP, RTP dan NKRA (memerangi rasuah) – untuk mengatasinya. Kita patut bantu, bukan kritik melulu.
8. Kejayaan / Outcome DSN
Dalam tempoh 2 tahun 7 bulan rekod prestasi beliau adalah cemerlang seperti di bawah:
8.1 Sektor Sebenar (Real Sector)
a) Pertumbuhan ekonomi (GDP) bagi separuh pertama 2009 = 4.4%; jauh lebih baik daripada prestasi ekonomi negara maju seperti Jepun, USA dan Eurozone – hampir zero dan kini di ambang double dip recession atau depression; Indeks Pelopor (Leading Indicators) mennjukkan ekonomi negara kita akan terus berkembang bagi tempoh 6 bulan lagi walaupun sedikit pelahan;
b) Kita terus menikmati tahap gunatenaga penuh; pada bulan Ogos 2011, kadar pengangguran kita hanyalah 3.1% – lebih rendah dari UK (8.1%), USA = 9.1%; Perancis (9.3%), Sepanyol = 21.2%; dan
c) Kadar inflasi telah dapat dijinakkan dan lebih rendah berbanding sesetengah negara seperti contoh di atas.
8.2 Sektor Fiskal
a) Akaun semasa adalah surplus sejak 5 tahun yang lalu:
• 2008 = RM6.3 bilion
• 2009 = RM1.6 bilion
• 2010 = RM8.0 bilion
• 2011 = RM3.1 bilion
• 2012 = RM5.3 bilion
b) Defisit fiskal as a percentage of GDP menurun. Bermakna kewangan kerajaan berjaya diuruskan dengan baik dan prudent; lebih baik daripada UK (12.8%), Greek (12%), USA (8.5%) dan Perancis (7.1%):
• 2008 = -4.8%
• 2009 = -7.0%
• 2010 = -5.6%
• 2011 = -5.4%
• 2012 = -4.7%
8.3 Sektor Kewangan (BNM)
a) Tuntutan bersih ke atas kerajaan = -RM12.5 bilion (Sept 2011)
b) Aset bersih luar negara = RM410.4 bilion (Sept 2011)
c) Pasaran saham (FBMKLCI) = 1469.23 (2 Nov. 2011)
8.4 Sektor Luar
a) Lebihan dagangan = RM11.0 bilion (Ogos 2011)
b) Lebihan akaun semasa = RM23.4 bilion (ST2/2011)
c) Lebihan akaun kewangan = RM44.5 bilion (ST2/2011)
d) Kedudukan Pelaburan A/bangsa = RM13.2 bilion (bersih) [2010]
8.5 Keyakinan masyarakat antara bangsa
Keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia di bawah kepimpinan DSN boleh diukur berdasarkan beberapa kaedah / indikator yang terkenal dan diiktiraf. Contohnya:
• Kemasukan FDI yang telah melonjak sebanyak 75% kepada RM21.2 bilion dalam tempoh 6 bulan pertama berbanding dengan RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2010; sekali gus membuktikan keyakinan para pelabur telah mengukuh;
• Kedudukan daya saing Malaysia yang telah meningkat dari tangga ke 24 (2010) ke tangga 21 (2011) dari kalangan 142 buah negara; mengalahkan Korea Selatan (24), dan New Zealand (25) berasaskan the World Economic Forum’s (WEF) Global Competitiveness Report;
• Kedudukan negara kita telah meningkat dari tangga ke 23 (2011) ke tangga ke 18 (2012) dari kalangan 183 buah negara mengikut Laporan World Bank’s Ease of Doing Business; menundukkan ekonomi yang lebih besar seperti Jerman (19), Jepun (20) dan Taiwan (25); dan
• Malaysia adalah negara kedua paling selamat di Asia berdasarkan Global Peace Index.
Apa maksud maklumat di atas?
Pertama, yang paling credible dalam paparan tersebut ialah keempat-empat maklumat berkenaan adalah consistent serta complementing / reinforcing antara satu sama lain. Maka lanskap itu adalah benar dan boleh dipercayai.
Kedua, kedududukan yang bertambah baik dari segi daya saing dan mudahnya menjalankan bisnes menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang betul menuju kejayaan ekonomi.
Ketiga, prakarsa transformasi yang diusahakan oleh DSN mendapat sambutan positif dari pasaran global.
Keempat, indikator-indikator tersebut menggambarkan potensi pertumbuhan eknomi negara.
9. Kesimpulan
Natijahnya, DSN lebih bijak dan lebih berjaya dari Obama, Cameron dan Sarkozy dalam menguruskan negara yang merangkumi pelbagai bidang, khususnya ekonomi. Sesungguhnya DSN sehebat Abraham Lincoln who had the “guts” to do “the right thing” against “a great big opposition”.
Kecekalan, iltizam dan kejayaan beliau telah menyuntik semula semangat keramat:
Kita dapat merasakan DS umpama tali pengikat,
Yang jauh ditarik dekat,
Yang dekat bertambah rapat,
Yang rapat semakin erat,
Antara tidur dan jaga kami melihat,
Tanpa sedar…jutaan hati..hati ini telah terpikat!
Dengan kasih yang padu, kesetiaan yang kental, sokongan yang kukuh dan kepimpinan yang mantap itu maka BN / UMNO akan bangkit semula dengan wajah, semangat dan nafas baru. Dengan berbekalkan azimat ini,
kita akan mampu mendaki gunung, meredah hutan, mengharung lautan dan membelah awan.
Kita berani nak memberitahu kawan dan lawan:
padang orang jangan berlari jika padang sendiri hendak berjingkit;
nanti mereka kan tahu, langit itu tinggi dan bumi ini berbukit-bukit.
10. Usul pembangkang DITOLAK!
LANSKAP EKONOMI GLOBAL YANG MEMBIMBANGKAN
1. Harapan atau wish list terhadap Bajet 2012 telah banyak diperkatakan sebelum ianya dibentangkan. Ia menjadi lebih hangat lagi selepas ianya dibentangkan di Dewan Rakyat.
2. Bajet 2012 telah dibentangkan oleh YAB DSN, PM / MKI tepat jam 4.05 ptg pada 7 Oktober 2011 di Dewan Rakyat selama kira-kira 2 jam dengan dibantu segelas air. Penuh yakin, bersemangat dan, pada ketikanya, beliau berseluruh; bukti beliau yakin dengan Bajet yang dibentangkannya itu dan tidak gentar pula untuk berhadapan dengan kawan dan lawan!
3. Kali ini saya diberi peluang sekali lagi membuat ulasan selari (live), bersama 10 orang tokoh yang lain, di saluran Awani 501; 3 tahun berturut-turut.
4. Ulasan dan reaksi orang ramai boleh dibaca dalam media cetak dan media sosial, termasuk ulasan DS Mohd Ali Rustam…
“Bajet ini cukup luar biasa. Mengandungi pelbagai suntikan dan inisiatif yang memberi kelegaan kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Bajet terbaik untuk kesejahteraan rakyat.” Utusan Malaysia bth 8 Oktober 2011, m/s 4.
5. Senarai yang agak lengkap mengenai ‘durian runtuh’ ini terdapat, misalnya, dalam blog JebatMustDie (JMD) di sini. Namun masih ada lagi yang tidak tersenaraikan oleh JMD kerana amat banyak yang telah diumumkan. Contonya, Anjung Singgah untuk golongan gelandangan, ring financing bagi pencarum KWSP beragama Islam mendaftar giliran untuk menunaikan haji dan KR1SMA. Dan masih ada lagi yang boleh disenaraikan.
6. Penjelasan lanjut oleh DS Ahmad Husni Hanadzlah, MKII boleh dibaca di Mingguan Malaysia bertarikh 9 Oktober 2011.
Terangkum
7. Pada hemat saya, beliau telah membentangkan sebuah bajet yang lengkap, mencakupi hampir semua bidang kehidupan dan merangkumi hampir semua keperluan rakyat. Menterjemahkan prinsip keterangkuman!
8. Ia tidaklah perfect (kita pun tidak tahu apa yang perfect) tetapi adalah yang terbaik; namun masih boleh dihalusi. Saya akan menyentuh aspek ini di masa lain.
9. Beliau berusaha membentangkan sebuah bajet yang prudent dengar defisit sebanyak RM45.9 bilion. Saya melihatnya sebagai prudent dan berhemah kerana beliau berusaha mengimbangi antara kehendak dan aspirasi rakyat dengan kemampuan kewangan negara.
10. Defisit tersebut boleh ditampung dengan pinjaman yang mampu dibayar oleh kerajaan. Pada masa yang sama, kadar defisit fiskal dapat diturunkan dari 5.4% pada tahun 2011 kepada 4.7% pada tahun depan; mengesahkan tahap berhemah PM kita.
11. Tulisan saya ini hanya akan menumpukan kepada lanskap ekonomi global bagi tahun 2011 dan 2012 secara rengkas, kerana saya percaya kepada kata-kata hikmat Pythagoras “…do not say a little in many words, but a great deal in a few.”
Lanskap Ekonomi Global
12. Saya memberikan perhatian khas kepada isu ini kerana saya berkongsi pandangan YAB PM yang bimbang terhadap prospek ekonomi global yang beliau jangka lebih mencabar pada tahun 2012. Saya turut bimbang kerana ianya mempunyai impak ke atas ekonomi negara dan kehidupan kita sebab ekonomi Malaysia bersifat terbuka.
13. Ia bermakna kemakmuran dan kemewahan yang kita nikmati sekarang ini banyak bergantung kepada ekonomi dunia. Bukti kebergantungan itu ialah nilai eksport negara hampir sama besar (101%) dengan nilai Pendapatan Kasar Negara (PNK atau GNI).
Daikotomi
14. Nampaknya ekonomi dunia seolah-olah terbagi kepada dua kumpulan atau daikotomi; satu kumpulan ialah emerging economies (dengan izin) yang menikmati pertumbuhan ekonomi yang robust serta kadar pengangguran yang agak rendah. Kumpulan tersebut diterajui oleh BRICS (Brazil, Russia, India, China dan South Africa). 16.4% daripada jumlah perdagangan antarabangsa kita bergantung kepada 6 buah negara ini; meningkat dari 11.8% pada tahun 2005.
15. Kumpulan kedua pula ialah developed economies (dengan izin) yang mengalami pertumbuhan ekonomi amat perlahan atau pertumbuhan negatif, kadar pengangguran yang tinggi, hutang negara yang besar, defist fiskal yang kronik dan krisis kewangan yang teruk. Kumpulan ini diwakili oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jepun dan Euro zone.
16. Kebimbangan terhadap kesan teori domino dan contagion effect (dengan izin) pada tahun 2009 kini nampaknya telah menjadi kenyataan. Krisis ekonomi dan kewangan yang pada awalnya melanda Iceland telah merebak ke Ireland dan Greek. Selepas itu ianya telah menular ke Sepanyol dan ke Portugal. Kini ianya mengancam pula Itali yang, pada tahun 2010, dikatakan ekonominya ‘too big to fail’ (dengan izin).
17. Sesungguhnya negara PIIIGS ini (Portugal, Iceland, Ireland, Itali, Greek dan Sepanyol) sedang mengalami krisis ekonomi, kewangan, hutang, pengangguran dan inflasi yang teruk. Outcome mixnya (dengan izin) amatlah membimbangkan kerana aktiviti ekonominya lemah, kadar pengangguran bertambah, kadar kemiskinan meningkat, jurang kekayaan melebar dan seterusnya melemahkan permintaan domestik yang boleh menggoncang kesetabilan politik dan mengancam keselamatan dan keamanan rakyat.
18. Penyakit kronik ini memberi kesan dan merebak ke Eurozone hinggakan ada pihak yang meramalkan bahawa Eurozone kini berada di ambang depression (dengan izin). Ia turut memberi impak negatif ke atas ekonomi negara kita kerana 8.7% pasaran perdagangan antarabagsa kita pada tahun 2010 bergantung kepada Eurozone. Kadar tersebut telah merosot dari 9.3% pada tahun 2005; satu bukti jelas tentang impak penyakit kronik itu ke atas perdagangan luar negeri kita!
19. Pada masa yang sama, Amerika Syarikat, Britain dan Jepun (ABJ) juga sedang menghadapi krisis yang hampir serupa; bahkan, Amerika Syarikat, misalnya, keadaannya lebih teruk lagi sebab ianya kini merupakan sebuah negara muflis denagn kadar pengangguran dan kemiskinan agak tinggi; masing-masing 10% dan 15%. Ia kini di ambang ‘double dip recession’ (dengan izin).
20. Krisis atau penyakit tersebut memberi kesan ke atas ekonomi negara kita kerana, pada tahun 2010, 22,6% daripada perdagangan antarabangsa kita bergantung pada permintaan pasaran tiga buah negara berkenaan. Kadar itu telah merosot dari 29.9% pada tahun 2005. Sekali gus ia menjadi bukti lemahnya ekonomi ABJ itu.
21. Kombinasi lanskap ekonomi tersebut, menurut sesetengah unjuran, memberikan gambaran bahawa “the world is sliding into depression.” Nampaknya Rancangan Geithner pun tidak akan dapat membantu dengan berkesan kerana, diramalkan, “Even if the 2 trillion euros ‘Geithner plan’ does get off the ground, it can do no more than buy time”. Ada pihak lain pula mengunjurkan bahawa risiko “the global economy slips into double-dip recession is rising.”
22. Wajar diingat bahawa kombinasi Eurozone dan ABJ menyumbang hampir satu pertiga kepada pasaran eksport kita!
Unjuran IMF & ADB
23. Kerana senario developed economies yang gloomy (dengan izin) itu maka IMF telah menyemak semula dan menurunkan kadar pertumbuhan ekonomi dunia kepada 4.0% pada tahun 2011 berbanding unjuran awal sebanyak 4.5%. Ia jauh lebih rendah dari kadar 5.1% pada tahun 2010. Pada tahun 2012, kadar pertumbuhan berada di tahap yang sama – 4.0%.
24. ADB juga telah menyemak dan meminda turun unjuran pertumbuhan ekonomi Asia pada tahun 2011 dan 2012. Sebagai contoh, Developing Asia kini diunjurkan mencatakan kadar pertumbuhan yang lebih perlahan iaitu sebanyak 7.5% pada tahun ini berbanding unjuran pada bulan April lalu sebanyak 7.8%.
25. Kadar pertumbuhan dua negara gergasi – China dan India yang merupkan engine of growth bagi dunia – juga diturunkan. Kadar pertumbuhan China diturunkan dari 9.6% kepada 9.3% manakala India pula dikurangkan dari 8.2% kepada 7.9%. Unjuran kadar pertumbuhan Malaysia juga telah dipinda oleh ADB dari 5.3% kepada 4.8%.
Ekonomi Malaysia
26. Kini saya ingin pula menyentuh scenario ekonomi negara kita dalam tempoh jangka pendek.
27. Setelah mengambil kira pertumbuhan GDP yang lebih perlahan (4.0%) pada suku kedua tahun ini berbanding suku pertama (4.9%) serta pertumbuhan impot yang lebih perlahan pada bulan Juali – Ogos (4.7%) dan suku kedua (7.4%) berbanding suku pertama (12.5%) tahun yang sama dan beberapa petunjuk pelopor yang lain maka diunjurkan bahawa ekonomi kita masih lagi akan mencatatkan pertumbuhan bagi setengah kedua tahun ini tetapi pada kadar yang lebih perlahan.
28. Kerajaan sendiri, sepertimana yang diumumkan oleh DSN, telah meminda unjuran pertumbuhan tahun ini dari 5.0% – 6.0% kepada 5.0% – 5.5%. Mudah-mudah ianya boleh dicapai.
29. Saya agak pesimistik dan mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi kita di bawah 5.0%.
30. Oleh kerana nampaknya kita telah berjaya menyekat serangan inflasi kerana ianya telah menurun dari tahap tertinggi 3.5% pada bulan Jun 2011 kepada 3.3% pada bulan Ogos maka isu utama yang mendepani kita sekarang bukan lagi memerangi inflasi tetapi merangsang pertumbuhan ekonomi.
31. YAB PM, dalam ucapan beliau, telahpun mengingatkan kita bahawa “bagi tahun 2012, prospek ekonomi global dijangka lebih mencabar.”. Pertumbuhan ekonomi global pada tahun ini pula lembab dan fragile. Sepertimana yang diunjurkan oleh IMF, pertumbuhan ekonomi dunia diramalkan merosot dari 5.1% pada tahun 2010 kepada 4% tahun ini dan tahun depan.
32. Lanskap ekonomi tersebut telahpun menampakkan impaknya ke atas ekonomi kita sepertimana yang digambarkan oleh kejatuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian yang ketara pada suku kedua 2011 (negatif 1.6%) berbanding suku pertama (2.3%). Maka pertumbuhan ekonomi negara kita perlulah lebih banyak dirangsang oleh pelaburan dan permintaan domestik.
33. Ini bermakna kerajaan hendaklah juga meningkatkan semula pelaburan awam yang telah menurun kepada 4.0% pada suku kedua berbanding 8.9% pada suku pertama tahun ini agar sekali gus dapat memberi keyakinan pula kepada pihak swasta untuk melabur.
34. Kerajaan perlulah juga membantu dalam merangsang permintaan domestik kerana prestasinya telah merosot dari 7.1% pada suku pertama kepada 5.9% pada suku kedua tahun ini. Dalam tempoh yang sama, dalam konteks permintaan domestik, kadar pertumbuhan jualan runcit juga telah mengecil iaitu dari 5.5% kepada 2.5%.
Model Melaka
35. Salah satu kaedah yang mampu memberikan kesan positif yang segera ialah dengan meniru model Melaka iaitu memberi perhatian kepada sektor pelancongan, khususnya menarik pelancong domestik.
36. Sepertimana yang telah saya lakarkan tadi, developed economies kini diambang double-dip recession atau depression (dengan izin) yang memberi impak, antara lain, ke atas pekerjaan / pengangguran dan pendapatan / kemiskinan di negara-negara berkenaan. Salah satu impaknya ialah pelancong antarabangsa akan berkurangan. Potensi kejatuhan itu hendaklah diimbangi oleh lonjakan pelancong domestik sepertimana yang dilakukan oleh Melaka semasa serangan SARS, 911 dan perang Iraq, jika kita mahu mengekalkan tahap permintaan domestik dan seterusnya prestasi ekonomi negara kita. Dalam pada itu, kita hendaklah mengawasi hutang isi rumah yang kini berada di tahap yang agak tinggi – kira-kira 75%.
37. Walauapapun, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabasy kepada YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang telah berjaya memandu dan mengekalkan keutuhan fundamentals di kedua-kedua sektor – real and financial sectors (dengan izin). Sebagai contoh, kita terus menikmati gunatenaga penuh dengan kadar pengangguran hanyalah 3.0% pada suku kedua tahun ini dan nisbah hutang Negara kepada GDP masih lagi di tahap yang prudent (53%).
38. Kadar pengangguran Melaka kekal terendah – hanya 0.7% pada suku kedua 2011. Terendah di Malaysia dan di kalangan negara maju OECD!
39. Tahniah DSN & DS Ali Rustam.
40. Kami bersyukur dan berterima kasih.









Recent Comments