MELAKA lwn KELANTAN – SIAPA KAPAS, SIAPA GAGAK?

1. Ahli dan para pemimpin PAS gemar beretorik untuk menggembar-gemburkan kehebatan tokoh mereka, terutamanya Nik Aziz, dalam mentadbirkan negeri. Beliau telah ‘mentadbir’ negeri Kelantan selama 21 tahun iaitu sejak 1990. Kalau lahir masa tu, dah layak mendaftar dan mengundi pada tahun ini.

2. Marilah kita semak dan audit rekod beliau selama 21 tahun itu dan bandingkan pula dengan rekod DAR, arkitek pembangunan Melaka yang 10 tahun lebih junior daripada Nik Aziz. Kita bandingkan dengan rekod DAR kerana kaum PAS asyik memfitnah serta memperkecilkan DAR dan kemajuan yang dicapai oleh Melaka sejak dulu. Ia semakin hangat sempena PRK Merlimau yang dijadualkan berlangsung pada 6 Mac nanti, jika ada pertandingan.

3. Saya sempat menyusun 18 butiran / anggkubah berikut untuk dibandingkan. Ia merangkumi aspek ekonomi dan juga sosial. Maklumat ini adalah sahih kerana sumbernya adalah rasmi / authoritative.

4. Oleh kerana maklumat ini amat mudah difahami maka tak perlulah saya menghuraikannya. Namun, jika ada mana-mana pihak memerlukan penjelasan, saya sedia memberikannya.

5. Bottom linenya ialah setiap satu dan kesemua angkubah tersebut menunjukkan MELAKA mengatasi Kelantan. Justeru terbuktilah prestasi gemilang DAR jauh meninggalkan prestasi Nik Aziz yang suram (lack lustre) itu. Jadi memang sahlah Melaka kini adalah sebuah negeri maju, berdasarkan 32 petunjuk dengan 33 buah negara OECD sebagai penanda arasnya. Kelantan pula nun jauh terceruk di belakang sebagai sebuah negeri membangun / mundur.

6. Kelantan bukan saja tercicir dari segi ekonomi (butiran 1 – 10) tetapi, hairan bin ajaib, sebagai Serambi Mekah yang digahkannya itu, ia terus bergelumang dalam kemelut gejala sosial (butiran 11 – 18).

7. Sebagai umat Islam (Muslim dan Mukmin), semua ahli PAS diseru agar segeralah kembali ke jalan Allah swt, khususnya tahu mensyukuri nikmatnya [seperti Melaka diberikan pemimpin (DAR) yang bijaksana].

8. Pada masa yang sama, demi masa depan anak cucu sendiri, segeralah juga melakukan transformasi di Kelantan kerana Allah swt tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang melakukannya.

9. Saya jangka ahli-ahli PAS tentulah lebih arif dari saya tentang terdapatnya ayat-ayat Quran yang memberikan maksud tersebut.

10. Dalam pada itu, saya tetap insaf bahawa DAR, sebagai insan biasa dan tak bergelar tok guru pun, tak sunyi dari kelemahan dan kesilapan. Saya juga akui bahawa Nik Aziz tentulah ada kekuatannya juga. Sebagai analogi, gagak walaupun hitam tetapi tak semuanya hitam; kapas walaupun putih tetapi tak semuanya putih! Yang menuntut pertimbangan ialah fitrah manusia, biasanya, mengutamakan yang lebih banyak putih.

11.  Menggunapakai analogi ini maka saya yakin para pembaca/penganalisis yang bijaksana akan dapat menilai  dengan tepat  siapakah itu GAGAK dan siapakh pula itu KAPAS.

 

PERBANDINGAN KEJAYAAN MELAKA  & KEGAGALAN KELANTAN

No.                  Butiran                                                                                     Melaka                Kelantan

1.             Kadar Kemiskinan (2009) [%]                                                           0.5                         4.8

2.             Pendapatan bulanan isi rumah (2009) [RM]                         4,184                       2,536

3.             Kadar Pengangguran (Suku Ke 3 2010) [%]                                   0.8                          3.2

4.             Jumlah Pengangguran (Suku Ke 3 2010) [Bil.]                       2,400                  17,700

5.             Pertumbuhan KDNK/GDP (2010) [%]                                               7.0                          5.1

6.             Nilai KDNK (2010) [RM billion – harga semasa]                       19.43                     12.45

7.             KDNK  per kapita (2010) [RM]                                                       25,185                    7,453

8.             Indeks Bandar Mampan (2010)                                               84.21 – 87.72*           71.43@

9.             Hasil Kutipan Jab Kastam (2010) [RM]                                               1.6 bilion         37.3 juta

10.         Hasil Kutipan Jab Imigresen (2010) [RM Juta]                              57.3                      13.2

11.         Kadar Celik Huruf W/Negara (2009) [ >10 tahun, %]                    95.5                     92.3

12.         Kadar Kematian Kasar (2008) [per 1,000 penduduk]                    6.0                        6.1

13.         Kadar Kematian Bayi (2007) [per 1,000 kelahiran hidup]           7.8                       8.0

14.         Kelahiran Anak Tak Sah Taraf (2009)                                               1,077                    1,221

15.         Penagih Dadah (2009) [Bil.]                                                                     327                    1,902

16.         Jenayah Kekerasan (2010) [Bil.]                                                            678                        882

17.         Keseluruhan Jenayah (2010) [Bil.]                                                  5,976                    7,900

18.         Penceraian Di Kalangan Muslim (2009) [Bil.]                                  923                     2,478

Nota: * MPAG & MPJ = 84.21; MBMB = 87.72 – Mampan.

@ MPKB =  71.43 – Sederhana mampan

  1. #1 by abu widad on February 25, 2011 - 6:40 pm

    salam saudara,
    ni perbandingan yg saudara berikan. sy menerima figura2 ini..
    cuma apa yg sy nak timbulkan. layakkah membuat perbandingan antara melaka dan kelantan sedangkan kelantan terus menerus ditekan oleh pusat. bantuan pusat ke kelantan ditahan/disekat. berbeza sekali dengan melaka kn terus menerus dapat bantuan dari pusat kan.
    alhamdulillah walau itu keadaannya, kelantan masih mampu memacu ekonomi walaupun dalam keadaan dianaktiri (bukan anak tiri lagi bahkan x dianggap anak pun) sampai minyak kelantan pun didaratkan ke siam. berbanding dgn melaka. so perincian ni perlu melihat kepada aspek lain gak

    Like

    • #2 by terongpipit on February 28, 2011 - 9:54 am

      Allah SWT bagi akai kat Nicky Aziz… awat tak reti nak pakai atau memang akai pekat….banyak bersyarah kosong tapi kerja tak buat…..orang buat kerja bukan dengan ayaq lior tapi dengan kuderat dan akai…. lebih 20 tahun dok memerintah… apa kejadah dia buat… dok kena tindas hanya alasan pemimpin tak berakai yang berwawasan… dia reti baca al-Quran tapi tak reti nak apply dalam pemerintahan kerajaan Kelatee…. Ali Rustam pun baca al-Quran juga tapi tau nak apply dalam pemerintahan kerajaan Melaka. La ni sapa yang lemah sebagai pemimpin?

      Bukan lemah tapi kena tindas…. kahkahkah….What a joke????

      Jika rakyat BODO maka depa akan memilih pemimpin yang BODO macam depa juga…. masya’allah!

      Like

  2. #3 by darahtuah on February 26, 2011 - 1:14 pm

    Salam abu widad,

    Memanglah perbandingan perlu jugak dibuat dlm aspek2 lain. Sdr bolehlah melakukannya dan kita sama2 share.

    Tentang isu minyak, kalau tak silap saya, ianya sudah dibawa ke mahkamah. Kalau belum, eloklah kerajaan negeri mengusahakannya; kita tunggulah keputusannya nanti.

    Kelantan dianaktirikan? eloklah kemukakan bukti utk mengukuhkan hujah.

    Setahu saya, di bawah RMK9, Kelantan dapat peruntukan = RM6.7 bilion manakala Melaka dapat = RM3.7 bilion. Bagi tempoh RMK3 – RMK9, rezeki Kelantan (RM19.7 bilion) > Melaka (RM10.4 Bilion).

    Eloklah kita berhentikan lagu bangau o bangau, kikis sindrom penafian dan mengatasi kelemahan sendiri / masing2 agar umat Melayu (Islam) boleh terus maju. Masakan masalah penceraian dan anak tak sah taraf pun nak disalahkan semuanya pada orang lain.

    Marilah sama2 lakukan perubahan / transformasi bagi kebaikan kita jugak.

    Like

  3. #4 by Pak Tua on February 27, 2011 - 11:58 am

    Berikan rakyat Kelantan satu barisan pemimpin UMNO yang bersih dan mantap dan rakyat Kelantan akan menghadiahkan Kelantan kepada BN. Susahkah nak dapatkan barisan sedemikian? Semua fakta lain yang anda kemukakan adalah tidak relevan.

    Like

  4. #5 by Bash on February 27, 2011 - 6:38 pm

    Kelantan jadi begini bukan disebabkan oleh nik aziz, tp disebabkan mereka sendiri tak pernah berubah… Bila saya berbincang dgn kwn dr ktan, walaupun ditunjuk segala kelemahan dari segi agama, sosial, ekonomi dan budaya, dan juga kelemahan nik aziz, mereka tetap mengagungkan dia…mcm keramat. Tak rau lah apa nak jadi…anak dan cucu cicit la yang tegadai.

    Like

  5. #6 by ezad on February 27, 2011 - 6:54 pm

    nik aziz juga mengaku, kebanyakan tandas masjid di negeri yang ditadbirnya kotor..

    islam menganjurkan kebersihan!!
    kotor di pasar boleh maaf lagi, ni di tandas masjid!

    Like

  6. #7 by Megat Panji Alam on February 27, 2011 - 11:48 pm

    Org PAS memang telah dibutakan hati mereka berkat doa nik aziz. Mereka bercakap mana nak pakai bukti. Janji sedap didengar kemudian jaja cerita fitnah satu malaya.

    Fakta kelantan terus-,menerus ditekan oleh kerajaan pusat adalah metos paemimpin PAS untuk terus mendapat suaka politik rakyat.

    Like

  7. #8 by kupu-kupu on February 28, 2011 - 4:14 pm

    Jab. kastam & immigresen di bawah kerajaan negeri? You are so shallow..

    Like

    • #9 by Darahtuah on March 1, 2011 - 5:02 pm

      kupu-kupu,

      Siape pulak kata 2 jab tu bawah kerajaan negeri? Maklumat tersebut saling melengkapkan pembuktian betapa dinamis dan hebatnya DAR dalam memajukan Melaka berbanding Nik Aziz. Justeru 2 Jab berkenaan di Melaka dapat mengutip lebih banyak hasil daripada 2 Jab yg sama di Kelantan. Masakan itu pun tak faham? Maka siape yg shallow, yeh?

      Like

  8. #10 by terang hati on March 12, 2012 - 10:15 am

    amat lucu post ini, ade ke nk bnding mlaka dgn klantan… wakakakaa.. jauh lerr maju klantan.. cbe kemuka rekod rasuah tgk.. mne lg maju.. cbe kemuka program agama tgk.. cbe kemuka jumlah sebenar anak luar nikah, cbe kemuka jumlah sekolah @ penjagaan ibu mngandung luar nikah.. jumlah masjid, jumlah pondok, indeks bandar mampan, wahh.. tak jauh sangat bezanya,, kalau nak banding dengan keluasan negeri melaka dan kelantan, nampaknya kelantan lg hebat.. pastu pulak kenapa rekod ni ada yang 2010, ada yang 2007, ada yang 2009.. haha.. heran bin ajaib bin kelakar.. kelahiran anak tak sah taraf pon tak banyak beza.. bandingkan pulak jumlah penduduk@rakyat kedua negeri.. wahh melaka amat maju dalam jumlah anak tidak sah taraf.. pendapatan bulanan, bandingkan pula dengan kos sara hidup, wakakakaka.. satu info, kalau klantan ketinggalan, masakan mydin memilih negeri kelantan sebagai tempat pembinaan mydin terbesar di Malaysia, atau lbih dikenali terbebesar di dunia? heran pulak tesco boleh mencatatkan keuntungan terbesar di kelantan,, kan? tak heran bin ajaib ke? pastu ada pulak yang cakap tok guru tak pandai aplikasi al-quran dalam kepimpinan? lagi lah kelakar.. kita takyah gi jauh.. cakap rasuah dah, negeri kelantan negeri sifar rasuah, pengakuan audit negara.. ada negeri lain? ni pening ni.. ALLAH suruh ke ALLAH larang rasuah? macam mana pulak negeri sifar rasuah lak dikatekan tak pandai aplikasi al-quran dalam kepimpinan.. tak kelakar ke?

    Like

  9. #11 by darahtuah on March 12, 2012 - 1:36 pm

    terang hati,

    mcm orang tak sekolah aje bunyinya? itule alasan yg diguna oleh nik aziz nak buktikan kelantan maju..gunakanle standard OECD mcm Melaka buat.

    kelantan sifar rasuah? menantunya? semakle balik rekod sprm.

    nik aziz gi haji, sape bayar? ikut cerita dalam sejarah Islam, itu bukan rasuah?

    Like

    • #12 by Rakyat malaysia on October 20, 2013 - 12:58 am

      Ali ketam yg lu puja tu jatuh tersungkur kt kwsn sdri dlm plihanraya..rakyat mlaka sendiri tolak pmimpin yg lu agungkan..ape cer??ape motif lu nk banding mlaka ng klantan kalo lu xjaki ng klantan??mmg klantan dpt dana lg besar dr krajaan pusat tp xterus ke kantung krajaan negeri mcm yg jd kt mlaka..pruntukan dr pusat disalurkan utk klantan mlalui jpp..lu tau ape itu jpp??lu google la sdri..lu kn terer politik..

      Like

  1. PR DAN NEGARA KEBAJIKANNYA? « Hidup Tuah!
  2. DSN dan DAR: BIJAK MAJUKAN NEGERI, MAKMURKAN RAKYAT « Hidup Tuah!
  3. Menyusuri Kehebatan Melaka « Hidup Tuah!
  4. PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN NEGERI, 2011: MELAKA MENDEPANI KELANTAN « Hidup Tuah!
  5. SALAH GUNA DADAH: MARILAH BANTU NEGERI PEMBANGKANG (CONTOHILAH MELAKA!) « Hidup Tuah!

Leave a comment