Menjawab Sakmongkol

Ulasan saya thdp artikel SAKMONGKOL AK47: Metos Kejayaan UMNO – http://sakmongkol.blogspot.com/2013/06/metos-kejayaan-umno.html?m=1 tidak diterbitkn. Maka saya ulas dalam blog saya.

Penulisan seperti itu perlu penelitian; jika tidak diteliti, tentu tertipu dgn fallacynya.

Seperti yang telah saya komen di post lain, saya ulangi di sini.

Isu pokok dia ialah kononnya UMNO TIDAK dpt sokongan popular, termasuk Mly bkn UMNO dgn bersandarkan undi 3.2 juta yg dikatakan diperolehi olh UMNO (Angka ini perlu disemak) dan ianya bersamaan jum ahli Umno.

Fallacy/penipuan:

1. Jum 3.2 juta undi yg Umno dpt itu (jika benar) adalah merujuk kpd 120 parlimen yg Umno bertanding (atau merujuk di 88 parlimen yg Umno menang?) sedangkn ahli Umno berselerak di 191 Bhgn/parlimen. Undi dari ahli Umno ini dia tak kira sbb Umno xbertanding di 71 parlimen lain (191 -120 = 71).

2. Sbhg drp 3.2 juta ahli Umno itu adalh bawah 21 thn tp x mendaftar (a) dan ada pula yang > 21 tahun tapi tak mendaftar maka xblh mengundi (b). Sbhgn lg sudah meninggal (c); ada juga yg xkeluar mengundi (d). % keluar mengundi = 84%. Maka jum ahli Umno yg keluar mengundi, secara kasar, ialah 3.2 juta – a – b – c -d = e.

3. (e) itu pula termasuklh bil.ahli Umno yg keluar mengundi di 71 kawasan parlimen yg Umno xbertanding.

4. Justru 3.2 juta undi yg diperolehi olh UMNO di 120 kawasan itu sudah tentulh merangkumi undi dari ahli Umno + bkn Umno! Sakmongkol jgn pretend BODOH!

5. Lalu Umno menjadi parti paling popular: UMNO = 25 %; Dap = 17 %; Pkr = 13 % & Pas = 9 %!

6. Ibupejabat UMNO blh berikn statistics sebenar.

Kes di Mlk jelas menunjukkan sokongan pengundi bukan Umno, terutama Mly, tetap kental sekalipun memang ada yg tercampak ke pembangkang:

1) Undi calon Umno dpt di 4 parlimen – 141, 612.
2) Pemilih Mly – 185, 959
3) Ahli UMNO – 97, 749.

Berdasarkan (a) 34% pemilih cina dan (b) <10% mereka mengundi BN/UMNO serta (c) 87% yang keluar mengundi maka sudah tentulah kira-kira 40% undi calon UMNO datangnya dari bukan ahli UMNO di empat-empat parlimen itu (M. Tanah, T. Batu, B. Katil & Jasin).

Sakmongkol, eloklah baiki kredibiliti tu; lebih-lebih lagi sudah bergelar YB. Apapun, TAHNIAH.


, , ,

  1. #1 by Anon on June 17, 2013 - 9:02 am

    1. Kaum Cina sudah terang-terang membalas susu Najib dengan tuba dan berjuta-juta menikamnya dalam tsunami Cina. Tapi nampaknya Najib masih tidak serik; malah ia dilihat masih lagi seperti “pipi tak mancung, hidung pula tersorong-sorong”. Sungguh memalukan Melayu dan UMNO. Dia tak tahu malu, tak apalah. Tapi Melayu dan UMNO ada maruah dan tahu malu. Najib tahu apa orang yang dimalukan akan buat?

    2. Sokongan orang India nampaknya sudah kembali tapi tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Namun apa hadiah yang Najib beri? Terlalu mahal sehingga menjadikan mereka besar kepala. Mereka seolah-olah sudah menjadi seperti kura-kura yang berani memanjat pokok tumbang. Tindakan Najib ini telah menimbulkan kemarahan ramai rakyat, Melayu dan ahli Umno sebab ia menjadikan Umno seolah-olah seperti pokok tumbang!

    3. Anggota sektor kerajaan dan warga GLC pula terbagi kepada 3: meyokong, menentang dan atas pagar. Yang menentang terbagi kepada dua: yang sukakan pembangkang dan yang marah pada kerajaan kerana tindak tanduk, keputusan dan dasar yang tidak mereka senangi. Kumpulan ini semakin ramai.

    4. Juga semakin ramai anggota polis berasa demoralised dan terhina. Mereka malu dan frust kerana tidak mampu menjalankan tugas dgn lebih berkesan seperti dulu sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Mereka salahkan Najib kerana menarik kuasa Polis (ISA, Akta Polis, EO dll) tanpa berunding dengan mereka dan mengikat pula tangan mereka. Difahamkan PAA digubal tanpa berunding dengan polis dan ianya tidak berguna dan tidak berkesan. Denda maksima hanyalah RM10,000 dan TIADA hukuman penjara! Siapa takut!

    5. Kerajaan sekarang dilihat tidak terdaya menangani penghinaan terhadap agama Islam, institusi raja, negara dan bangsa Melayu. Maka semakin ramai rakyat, orang Melayu dan UMNO serta golongan menengah dan NGO seperti MPM dan Perkasa yang kuat menyokong Najib /BN semasa PRU13 kini mula berubah angin.

    6. Maka kepada siapa Najib hendak bergantung harap jika ia ditandingi semasa pemilihan Presiden UMNO hujung tahun ini nanti? Ia bolehlah minta tolong Omar Ong dan Idris Jala!

    Like

  1. Pandangan dari seorang pembaca untuk kepimpinan Umno | Hidup Tuah!

Leave a comment